Bila orang Jerman Ingin Berkecek Luar..

Hamba tak tahu lah dari mana asal usul keturunan post ni. Saing hamba di watsep yang hantar ke hamba. Hamba rasa dah banyak juga yang dinasiktambah oleh saing hamba yang nakal dan memang jenis geliga. Nakal bunyinya bila hamba baca dengan suara yang deras. Memang hanya orang Jerman akan faham butir ayat-ayat di bawah ni. Sesiapa yang nak bersaing, bergewan, bertunang atau menikah dengan orang Jerman, sila lah belajar- belajar.

It starts here (yak boktan.. Tiba-tiba hamba berkecek Amareka)

Identiti Kelate anda dikesan tanpa disedari bila berkecek lagu ni….

1. Mari kita pergi encik, hujan sudah serik ni

2. Adik tuang air tu jangan banyak dik…padam padam dah banyak tu

3. Kakak… bungkuskan saya pulut lempa satu

4. Macam mana awak basuh baju ni habis pertik sawa

5. Adik…bagi saya tudung gelas ni…saya nk bawa balik air ni

6. Mula-mula panaskan minyak…masukkan bahan kisar….tumis hingga naik bau…kemudian masukkan awas

7. Maaf la ya…rumah bujang macam ni la memang berkubang

8. Pasang cadar dan sampul bantal ni…bg nampak kemas sikit

9. Bang bagi supik satu

10. Tolong ambik kunci motor dalam sorak meja tu

11. Ayang…camne dah sial ke belum demam ayang tu?

12. Kejap ye…tadi petir, tu letrik tak ada…sebab suis berjentap

13. Bang…bungkus air lanas satu

14. Makcik….mana duit cucur saya tadi

15. Makcik…bagi pletin satu, senang sikit nk minum air ni

16. Tokey…kakas sup ada jual?

17. Itik suka sangat la kalau main air char

18. Dik…jangan lari laju-laju…nanti rebah

19. Tolong ambilkan suis kereta aku kt meja tu.

20. Boleh tolong diam sikit tak? Pot pet pot pet….bosan la

21. Dulu masa musim banjir kat sini air lintas jalan

22. Dulu2 masa banjir air depan rumah ni sekat tekak

23. Awak buat apa sekarang ni? Lama tak jumpa.

     Tak ada buat apa pun duduk serus seras kat rumah..

24. Ok, kelas dah habis..boleh bersurau semua.

25. Adik saya jenis babil orangnya.

26. Eh! Tertinggal pulak bocong air kat rumah.

27. Puas dah suruh anak tina saya pakai tudung tapi dia jenis keras pedal. Tak dengar buah orang.

28. Dah banyak duit dalam celeng ni. Boleh dah bawa pergi bank.

29. Dah sudah guna jamban tu, jangan lupa gumba.

30. Berlubang dah kain sarung ayah ni. Agaknya kena kerit ke lipas.

31. Suka sangat bila dapat balik kampung masa puyan buah.

32. Hapak bengang bau kasut sekolah Mat Yo ni.

33. Derasnya bunyi tv. Sampai turit telinga.

Dalam banyak- banyak, favourite hamba yang nombor 29. Mungkin sebab hamba baru lepas kena cerah perut!!

IMG_2145.PNG

3 thoughts on “Bila orang Jerman Ingin Berkecek Luar..

  1. Bila saing sebut gumba ni, hamba teringat masa kecik-kecik mula, di rumah Mak Keladi (panggilan manja untuk nenek), tak dak air paip, guna air telaga. Lepas tu ada satu GUMBA public hak orang kampung boleh guna untuk ambik air. Kita gumba-gumba pemegang dia, maka terbit lah air di muncung gumba tu. Kalau terjumpa gambar ni nanti hamba tempek di sini.

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)