Spek

Allah..saing. Lama sungguh kita tak bersiaran. Banyak kali hamba cuba duduk depan laptop dan nak bubuh post baru tapi baru nak mula, ada saja hak bertempik nak minta tolong tengok kek kat dapur (budak-budak hak besar ni suka buat kek, saing. Sebab tu hamba gemuk tembong..) Baru nak duduk semula, ada pulak hak lain mari menyeneh nak mintak jalin rambut. Hamba turut saja lah. Bak kata kita hari tu, sikit lagi tinggal kita dengan ayah dia saja dok bercokah di rumah.

Hamba doa saing sihat belaka kat sana. Hamba kat sini segar degar alhamdulillah. Hari tu hamba gi buat spek mata baru. Multifocal dah la hamba ni, saing. Rasa benar umur dah 40 lebih. Pagi-pagi kalu dah lepas buat kerja rumah sebelum pergi kerja, hamba nak lah tengok handphone takut-takut ada message penting. Jangan harap la hamba nampak apa yang nak dibaca. Hamba pulak tak lekat rat lagi nak pakai spek 24/7 macam zaman rabun jauh kita budak-budak dulu. Rasanya sekarang ni, celik saja mata disebelah pagi kena higak spek bubuh atas batang hidung dulu baru cerah cuaca! Ke lagumana saing?

Disini, buat spek mata bukan macam tempat kita. Tempat kita jauh lebih maju. Biarlah orang kita sentiasa nak komplen segala benda salah dan segala kurang dengan sistem dinegara kita. Orang hak duduk jauh dari tanahair boleh rasa perbezaannya. Mungkin pendapat hamba saja. Tapi macam benda kecil seperti buat spek. Jangan harap lah nak siap dalam masa 3 hari. Apatah lagi nak merasa buat spek pukul 1 pukul 2.30 siap boleh bergaya spek baru. Memang tak merasa duduk disini. Serba lambat betat! Multifocal ni 10 hari baru siap. Merayu sampai hamba nak handing kepala ke dinding pun, memang tak akan siap sebelum 10 hari. Pahtu semestinya mahal macam bedil!

Sebab tu bila dah dapat spek baru, hamba memang nak pakai habis tan. Biar padan dengan harga. Bak kata ayah hamba..mahal tali pada beruk!!

spek

 “Makhluk itu lemah. Ada yang dapat dilihatnya dan ada yang tidak. Allah bersifat dengan sifat Al-Basar, Maha Melihat akan segala sesuatu. Seperti sifat-sifatNya yang lain, Allah melihat tanpa memerlukan kepada alat (kayf), tidak berkurang, tidak bertambah, tidak berubah dan sifat Maha Melihat Allah tidak mempunyai permulaan atau penghujung.”