Sambal Paus + Ikan Tawar

Amaran: Sesiapa yang hendak jaga berat badan ideal tidak dinasihatkan membuat sambal paus sebagai menu lunch atau dinner mereka. Ini kerana sambal paus merupakan catalyst/faktor penggalak menambah nasi.

BAHANBAHAN:

Buah paus ringan – dua tiga butir hak masih putik, dikoyak kulit dan diracik-racik halus sebelum dihiris.

Lada burung yang sudah masak – ikutlah nak pedas setara mana

Garam secukup rasa

Ikan selayang – dibakar dan ambil isinya sahaja

CARA MEMBUAT:

1) Di dalam lesung batu, tumbuk lada burung dengan garam dahulu hingga agak lumat ladanya.

2) Masukkan buah paus yang sudah diracik. Tumbuk lagi hingga agak hancur. Jangan lumat benar takut berdeney pulak, nanti tak sedap

3) Akhir sekali, masukkan isi ikan tawar dan tumbuk bersama bahan tadi sambil dikaup balik supaya sebati.

4) Ambik sudu, sodepkan masuk dalam mangkuk

Sambal paus sangat sesuai dimakan bersama Ikan Singgang ataupun kuah lemak. Memang menyangkutlah! Hinggakan mertua lalu pun kita tak kabar.

Nota:

Ikan tawar boleh diganti dengan ikan kering bakar misalan ikan tamban bakar dan ambil isinya. Tapi bila guna ikan kering, kuantiti garam kena waspada, takut terlebih masin.

buah pauh

Buah paus ringan (google)

Selamat mencuba!

Advertisements

Ikan Singgang

Ni resepi hak paling mudah sekali. Belam pejam mata pun buleh buat saing hak ni.

Bila mari perasaan malas berenyoh tu, hamba buat la singgang ni. Lawan dia ulam dan sambal paus ikan tawar/ikan kering. Choooorrrr air mulut terbit!

Bahan-bahan:

Ikan aya – kembung dan tenggiri pun buleh tapi kalau ikan aya ni lebih melenggak makan nasi.

Lengkuas – hak molek cari lengkuas muda lebih kuran dua inci setengah, lepas tu hiris sekeping-keping.

Asam keping – kalau berjumpa dengan asam hak besar lebar tu molek nya…ambik lah dalam 5,6 keping

Bawang merah – hiris biar buleh semangkuk kecil

Bawang putih – lima, enam ulas dihiris

Kunyit hidup – dua tiga hiris jah, jangan di banyak nanti rasa pedar

Belacan sikit – kalau banyak takut ropong hidung tu kena resdung

Lada cengik atau lada burung – bubuh sutir-sutir ggitu lah

Lada hijau hak kita buat solok tu pun buleh jugak, bila gelegak, waaaal bau dia tu gak berasa nak senduk nasi dalam pinggan selaluh!

Garam 

Air secukupnya – biar padan dengan kuantiti ikan, kalau banyak sangat tak sedap.

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan kacawoli ikan, rebus atas dapur hingga gelegak bok-bok. Rebus biar masak bawang tu baru masuk ikan dan rebus hingga ikan masak. Masa rebus tu kalau air nampak dah kering buleh lah tambah sikit-sikit.

Rasa asam dan garam, kalau kurang buleh lah tambah apa yang patut. 

Hidang dengan nasi panas, ulam dan sambal paus+ikan tawar. Semeta-meta naik timbangan kilo.

Petua: Singgang ni lebih sedap masak dalam periuk tanah, tapi zaman kita ni saing nak cari duana periuk tanah ni…jadi kalau nak lebih sedap, masak awal-awal, lepas tu bila kita perangat sekali lagi tu hak lebih sedap.

Nota kaki: Aii, kena cari buah paus kelik ni..

Ayam Panggang Lada Hitam

Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam – potong ikut dan

2 inci halia

6 ulas bawang putih

4 sudu besar sos tiram

lada hitam tumbuk kasar sebanyak yang kita suka

sedikit madu

sedikit garam

sedikit minyak zaitun – untuk diretik

Cara-cara:

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus.

Comor pada ayam.

Satukan sos tiram dan madu.

Comor lagi pada ayam (brehi sungguh comor mencomor)

Akhir sekali tabur serbuk lada hitam kasar dan garam keliling kelalang ayam.

Masukkan ke dalam bekas yang sesuai diguna untuk membakar. Jangan guna bekas plastik pulak lama cair meloler habis dalam oven.

Retik dengan minyak zaitun.

Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Balik lah ayam tu sesekali pastu tiap kali balik, retik-retik lah ayam dengan minyak zaitun. Sekala dalam sejam lebih sikit masak molek dah ayam kita ni.

Selamat menerai!

Hamba ambil resipi ni dari blog kak Azie di sini. Tiap kali hamba kelih gambar-gambar masakan beliau, memang jadi nanar. Bersera nak tra buat belaka. Bersera saja lah. Saing pun maklum hamba dan dapur mesra sekodar-kodar saja 🙂

Bersakit-sakit dahulu..

Saing,

Hamba baru sudah menanak nasi. Lapar perut pedal hamba hari ni sebab 3 hari mbak hamba kena cerah perut. Tak tahu lah apa yang hamba makan, memulas pedih perut hamba sampai tak  boleh  nak buat kerja apa satu. Tahap naik bulu roma raaa bila dia mari rasa sakit tu. Ketar-ketar lutut hamba.

Habis tiga hari, nak jadi ke cerita, hamba buat-buat tra pakai baju lama. Aik! Sudah padan dengan smetar-metar. Dalam teringat pedih perut tu, hamba sengih termewet sorang-sorang. Betul lah kan orang tua selalu pesan, dalam duka ada suka, dalam payah ada mudah, dalam naik (naik sekak ulu hati sebab sakit perut tu), ada turun (segram dua berat badan hamba). Alhamdulillah. Tapi dah rasa segar ni, tekak hamba beronar pulak bersera nak makan serba mak nika. Nampak gayanya lepas ni naik la sekilo lepas turun segram! Ni hamba dok berasa-rasa nak makan..

nasi beriani

nasi beriani

sekut kt

biskut kapal terbang

asam jawa pulas

asam jawa salut gula penuh penar tu

kambing golek

kambing golek..

ahhh berat dah hamba sekali ni, saing!

Lupa pulak hamba nak tanya, kat tanah Melayu sekarang masih panas berketik kah macam bulan puasa hari tu? Ke sekarang ni musim hujan mula turut bret-bret? Kat tempat hamba duduk ni seminggu ni hujan genap-genap hari. Hamba suka sebenarnya sebab hujan jarang-jarang sekali turun. Kucing yang hamba pera ni pun tak buat kerja lain, asyik dok tengok ke luar rumah. Bekali duduk tertanya-tanya bila lah hujan hendak serik pasal tak boleh nak pergi berhambat diluar dan higap cicak kubing. Kucing hamba memang suka higap cicak kubing. Bukan untuk makan tapi sekadar lambung-lambung macam bola. Nyanya juga kadang-kadang hamba tengok ke cicak kubing tu tapi dah itu permainan dia, hamba buat tak reti saja lah.

Hamba nak gi ambik anak kat stesen bas pulak ni. Nanti kita menulis lagi.

(semua gambar adalah sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

“Ya Allah, lapangkanlah hati kami disaat kami diuji, baik dengan ujian yang besar atau sekadar yang kecil-kecil sahaja. Sesungguhnya sabar itu besar kelebihannya”

Pulang ke Negeri Jerman

Saing! Hamba tak sabar nak cerita ke saing kisah-kisah hamba kelik ke negeri Jerman hari tu. Memang seronok benar berjaya kelik ke kampung walaupun smetar saja. Biarlah smetar pun daripada tidak langsung dih?

Bila hamba dan budak-budak sampai di airport, kami kena keluar dari terminal untuk ke terminal satu lagi. Terbit saja dari ruang beraircond, anak hamba hak bongsu masa tu berpeluh pelar dia bleber ke hamba, ‘ bakpa lah tempat ni pasang heater pulak!’. Hamba suka selak sebab kakak dia dan lagi bui respon, ‘darat nya adik ni! Ni bukan heater lah.. We are in Malaysia! It’s humid!’ Berkecek Amareka pulak anak hamba yang besar tu. Ikutlah puak-puak awak. Asal diri kabar kita orang kampung, hamba beres belaka nak komen apa pun.

Dah sampai rumah tok nenek memang sangat lah gembira. Alhamdulillah budak-budak ni fasih benar berbahasa negeri Jerman. Hari-hari minum teh beng beli di pasar besar idaman kalbu sampai gigi pun jadi kalar kuning seperti kalar teh beng! Hamba bertungkus lumus membedal nasi dagang, nasi kerabu, lok ching, percik segala lauk, abc, tapai pulut (aduh la sedap terlenggak), tepung bukus, akok kedut, pulut lepa, lompat tikam, laksam, lauk kuzi, jala mas, air tebu, tebu, buah mata kucing dan segala macam  yang smetar-metar hamba rasa tak rak dah nak menaip muga menjadi gelabut tak puas kelik semetar sangat hehe.

 20140507-202758.jpg  20140507-202815.jpg  20140507-202839.jpg

Hamba dan bawak budak-budak gi Pasar Malam dan membeli serba maknika sampai naik serban jari jemari hamba bila berjalan kelik ke rumah. Walau macammana pun, ketika hamba sedap benar menjamu selera sampai naik berkilo-kilo berat badan hamba hari tu, budak-budak ni mengalami masalah tidak tahan panas. Sepanjang hamba di negeri Jerman, tak setitik pun hujan turun. Panas ting-ting sampaikan ketika hamba bawa budak-budak ke Pasar Tani pada suatu PAGI, anak hamba hak besar telah pitam kerana kepanasan yang terlampau (kata ke adik darat dih..) . Sejak tu mereka dok ralit minum sepanjang hari sampai menjadi kembung perut dengan air dan tak berapa lalu nak makan pulak. Hamba saja lah yang tolong makan ke mereka. Sebut apa mereka nak makan, hamba tolong bedal. Dahsyat hamba ni!

Apa-apa pun, misi pulang ke negeri Jerman tercapai untuk bersama ibu ayah dan keluarga terdekat. Kerana kelik smetar sangat, hamba tak dan nak bawa budak-budak berjalan ke rumah warih warah yang lain. Tak apa lah. Ada rezeki panjang umur kita kelik lagi dan berlama-lama sikit.

map-kelantan

Kek Pisang

Kek Pisang

 

1/2 cawan mentega, cairkan

1 cawan gula

2 butir telur

1 sudu kecil vanilla extract

1 1/2 cawan tepung serbaguna

1 sudu kecil baking soda

1/2 sudu kecil garam halus

1/2 cawan sour cream

1/2 cawan chopped walnuts

2 butir pisang masak yang lembik nyonyet-nyonyet. Lenyek.

 

Cara-cara

 

Panaskan oven 350F / 175C . Sapu butter pada 9×5 inch acuan loaf. Kalu tak ada, guna hak mana ada lah asal bukan mek wok!

Dalam bekas lain, kacau sekali mentega hak dah jadi cair meloler tu dengan gula. Pastu pecahkan telur dan cuah vanilla extract. Kacau molek-molek. Tambah tepung, baking soda dan garam dan kacau sampai adunan nampak tak berketul-ketul. Lepas tu cuah sour cream, walnuts dan pisang. Gaul habis tan pastu cuah (kuat terr cuah mencuah nih!) dalam acuan. Ratakan.

Bakar lah selama sejam atau macam sekala kalau nak tahu dah masak ke tak lagi, cuba cucuk dengan colek gigi abah dia. Kalau nampak colek gigi terbit dari kek dengan licin tak ada kek hak belum masak terbit juga, maka masak dah la kek pisang kita.

Jangan dok bergaduh nak kerat makan selalu. Beri dulu lah kek menyejuk dalam acuannya dalam 10 minit lepas tu boleh lah  buat apa yang patut kalau dah nak makan benar.

 

Tips:

1)   Kalau jenis hak tak reti nak ikut resipi dan suka nak menambah itu ini nak bagi lagi sedap terlenggak, tambah lah ¼ sudu kecil serbuk kayu manis dan ¾ cawan chocolate chips.

2)    Kalau boleh tak payah lah guna mixer untuk buat kek pisang ni. Guna sodep je. Lepas guna buat kacau kek, kalau anak ada hak tak dengar kata, buleh terus hayun sodep dan buat sessi mengugut ; ‘ kalau degil, ma redas sampai menelas dengan sodep ni!’

Selamat mencuba!

Nasi Kapit Sambal Nyior

nasi impit dan sambal

Sedapnya saing muga ni. Hamba jenera tak jenera teringat dan rasa nak makan. Terasa tak tak dilidah hamba ni. Budak-budak ni pun memang nak terbit butir mata bila hamba tanya, kalau nanti hujung minggu ni kita makan NKSN nak? Mereka angguk menyungguh, mujur tak tercabut penggal kepala mereka.

images

Hamba ada jumpa resipi kat mana hamba tak ingat dah. Rasanya masa hamba mengita FB Lauk Pauk/ Kuih Muih Kelate satu masa dulu.

DSC_0590
_____________________________________________________________
Nasi Kapit Sambal Nyiur
7 April 2010 at 22:38 (Tahun pun ada ni! Bisa sungguh)

Bahan-bahan untuk Sambal:

A;

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
(Takkan hamba nak kena kukur nyior butir, saing? Hamba nak kekar cari dimana mengkoran nyior hak serupa naik kuda zaman kecil dulu tu! Hamba beli Dessicated Coconut jah lah sekali ni!)

Kukur_kelapa

(Sekadar untuk tatapan budak-budak dirumah hamba yang tak pernah kenal rupa mengkoran nyior)

B;

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara:

1. Kisar bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi kapit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi kapit.

Sumber: resepimudahlazat.blogspot.com & fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/
(Bagus ada kredit siap. Kalau zaman Tok Nyel hamba dulu dah ada internet, harus kena beri kredit ke dia juga)

____________________________________________________________

download

Hamba saved di laptop dan usung ke sana kemari bertahun kaklah dah tapi tak juga hamba dan nak buat dan berjamu dirumah ni.

photo (24)

Hamba paling berehi kalau hak ada kuah kacang sekali. Kena pulak bungkus dengan daun pisang cucuk lidi potong serong. Berlaga angin benar bila makan. Kalau kacip pakai stepler, hamba naik ra nak marah! Bekeng hamba ni. Lepas tu bila budak-budak ni nak makan dengan gerpu, hamba memang pastikan suara hamba bleber dapat didengari hingga ke balaisah tak jauh dari rumah. Deras suara hamba. Benda lagu ni kena makan dengan jari hak lima! Tak kena kalau kekah guna gerpu. Tak ada nikmat!

Hamba bagitau sengoti, kali ini hamba mesti nak bawa terbit mek wok hamba dan cuba sampai berjadi. Kalau tak berjadi juga, nampaknya hamba kena sarendar dan bila balik kampung (harap ada teket) , pakai makan hak beli di merket saja lah!

Gambar: Serba serbi ihsan Google.