Mandi Telaga

Saing,

Masih ingatkah zaman kita kecik, kita mandi air telaga? Tiap kali hamba dan keluarga dapat balik rumah gemulah Tok di hujung minggu lepas kelik sekolah hari Khamis, memang tak sabar nak sampai dan terus gi mandi di telaga. Orang lain kalut kalar nak terus ke belakang rumah, samada merungkas pohon jambu nnawar atau main berhambat atas baruh padi, hambat pok idir  dan rama-rama. Hamba terus pecat baju, cari timba dan dengan loratnya pergi karai air telaga dan bermandi- manda sampai kecut berut segala kulit.

jambu air

Jambu nnawar/Jambu air (google)

pepatung

Pak Idir/ Ttuyut/ Pepatung (google)

Sejuk dan nyamannya air telaga, masih terasa sampai hari ini. Ada timba besi (hamba rasa aluminium) saiz agak besar untuk diguna orang tua dan timba plastik untuk cucu-cucu beles seperti hamba. Bila karai, gemulah selalu pesan, jangan membazir air. Tapi seperti sekala, masuk telinga alik ni, keluar telinga alik nu. Kena pulak hari hujan. Sampai ketar kuk kuk pun hamba dan sepupu-sepupu tak akan naik ke atas rumah. Kena pulak ada sabun Popinjay (nak rasa kelas sikit, suruh Ma beli sabun Imperial Leather hak macam ada nampak mengempen dalam TV). Bila kena ugut dengan pelepah nyiur, baru lah pakat bertempik mintak tuala. Dah mandi sekian lama, mesti lah perut lapar tak boleh nak cerita. Lepas tukar baju, pakai bedak Cuticura habis cepuas seluruh tubuh dan muka, pakat turun ke dapur untuk cari makan. Rupanya gemulah Tok kami dah siapkan bihun goreng dan kerepok. Lepas kenyang perut, semua bersiap untuk sembahyang Maghrib dan kemudian pakat mengaji Qur’an sementara menunggu masuk Isya’. Berjurus sungguh. Tidur malam pulak, tak sabar nak sedar pagi esoknya. Pagi-pagi buta lepas Subuh kami sudah tercongok di tepi telaga dengan seluar sendow masing-masing. Hak besar sikit kena tambah pakai kain basahan, kalau tidak gerenti kena bleber dengan gemulah ni. Kalau dah hari sebelumnya kami mandi telaga tahap tahu tak ada bayar bil air untuk telaga, bila pagi esok nya, jangan harap kami akan dibiarkan mandi sendiri. Akan ada ibu-ibu dirumah Tok yang menjadi tukang mandi.

Indahnya waktu itu.

Bila hamba makin besar hamba pasang telinga, dengar orang-orang tua berbual ada ura-ura ada orang nak mari pasang paip. Tok hamba pun berkira-kira nak buat bilik mandi dan jamban baru. Hamba ingat lagi perasaan frust menunggeng pada hari tu. Sepatutnya kami dan keluarga sepupu-pupu balik ke rumah masing-masing. Dah bersiap pun beg di muka pintu. Tapi kerana sedih, hamba terus beronar, ajak sepupu sepapat hamba ni mandi dan main air tak kabar ke masa sampai kami kena godam. Pedih kena godam, lagi pedih rasa bakal kehilangan rasa mandi telaga. Hamba berbunyi sedih benar ni 🙂

Semuanya kini jadi kenangan. Rupa telaga pun hamba dah lama tak kelih.

Hamba google2, jumpa gambar telaga ni.

Telaga

Ni lah lebih kurang rupa telaga rumah Tok hamba dulu. Dibirai muka telaga, berjujuk kami letak timba besar dan kecil. Terima kasih kepada blog ni berjaya buat fikiran hamba melayang sampai tertitik air mata teringat ke arwah Tok dan kenangan bila kelik ke rumahnya. Rumah Tok kini sudah tiada. Apatah lagi telaga nya.

“Ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapa kami. Tetapkanlah mereka didalam aqidah yang benar serta matikanlah mereka didalam Iman”.

Advertisements

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s