Mandi Telaga

Saing,

Masih ingatkah zaman kita kecik, kita mandi air telaga? Tiap kali hamba dan keluarga dapat balik rumah gemulah Tok di hujung minggu lepas kelik sekolah hari Khamis, memang tak sabar nak sampai dan terus gi mandi di telaga. Orang lain kalut kalar nak terus ke belakang rumah, samada merungkas pohon jambu nnawar atau main berhambat atas baruh padi, hambat pok idir  dan rama-rama. Hamba terus pecat baju, cari timba dan dengan loratnya pergi karai air telaga dan bermandi- manda sampai kecut berut segala kulit.

jambu air

Jambu nnawar/Jambu air (google)

pepatung

Pak Idir/ Ttuyut/ Pepatung (google)

Sejuk dan nyamannya air telaga, masih terasa sampai hari ini. Ada timba besi (hamba rasa aluminium) saiz agak besar untuk diguna orang tua dan timba plastik untuk cucu-cucu beles seperti hamba. Bila karai, gemulah selalu pesan, jangan membazir air. Tapi seperti sekala, masuk telinga alik ni, keluar telinga alik nu. Kena pulak hari hujan. Sampai ketar kuk kuk pun hamba dan sepupu-sepupu tak akan naik ke atas rumah. Kena pulak ada sabun Popinjay (nak rasa kelas sikit, suruh Ma beli sabun Imperial Leather hak macam ada nampak mengempen dalam TV). Bila kena ugut dengan pelepah nyiur, baru lah pakat bertempik mintak tuala. Dah mandi sekian lama, mesti lah perut lapar tak boleh nak cerita. Lepas tukar baju, pakai bedak Cuticura habis cepuas seluruh tubuh dan muka, pakat turun ke dapur untuk cari makan. Rupanya gemulah Tok kami dah siapkan bihun goreng dan kerepok. Lepas kenyang perut, semua bersiap untuk sembahyang Maghrib dan kemudian pakat mengaji Qur’an sementara menunggu masuk Isya’. Berjurus sungguh. Tidur malam pulak, tak sabar nak sedar pagi esoknya. Pagi-pagi buta lepas Subuh kami sudah tercongok di tepi telaga dengan seluar sendow masing-masing. Hak besar sikit kena tambah pakai kain basahan, kalau tidak gerenti kena bleber dengan gemulah ni. Kalau dah hari sebelumnya kami mandi telaga tahap tahu tak ada bayar bil air untuk telaga, bila pagi esok nya, jangan harap kami akan dibiarkan mandi sendiri. Akan ada ibu-ibu dirumah Tok yang menjadi tukang mandi.

Indahnya waktu itu.

Bila hamba makin besar hamba pasang telinga, dengar orang-orang tua berbual ada ura-ura ada orang nak mari pasang paip. Tok hamba pun berkira-kira nak buat bilik mandi dan jamban baru. Hamba ingat lagi perasaan frust menunggeng pada hari tu. Sepatutnya kami dan keluarga sepupu-pupu balik ke rumah masing-masing. Dah bersiap pun beg di muka pintu. Tapi kerana sedih, hamba terus beronar, ajak sepupu sepapat hamba ni mandi dan main air tak kabar ke masa sampai kami kena godam. Pedih kena godam, lagi pedih rasa bakal kehilangan rasa mandi telaga. Hamba berbunyi sedih benar ni 🙂

Semuanya kini jadi kenangan. Rupa telaga pun hamba dah lama tak kelih.

Hamba google2, jumpa gambar telaga ni.

Telaga

Ni lah lebih kurang rupa telaga rumah Tok hamba dulu. Dibirai muka telaga, berjujuk kami letak timba besar dan kecil. Terima kasih kepada blog ni berjaya buat fikiran hamba melayang sampai tertitik air mata teringat ke arwah Tok dan kenangan bila kelik ke rumahnya. Rumah Tok kini sudah tiada. Apatah lagi telaga nya.

“Ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapa kami. Tetapkanlah mereka didalam aqidah yang benar serta matikanlah mereka didalam Iman”.

BERAI – BERAI HUJAN

dalam berai – berai hujan

keretaku bergerak perlahan

melodi bernada sayu

menemaniku pulang..

terkenang siaran tayangan

tentang kepulangan

dua puluh jasad-jasad warga tanahairku

di nanti dengan penuh debaran

dengan tangisan..

 

dalam berai-berai hujan

airmataku mengalir

terkenang hati yang kehilangan

insan tersayang…

tersayat hati

melihat si kecil memeluk keranda

bonda  tercinta

 

mama oh mama…!

andaikan ku dapat mengucup pipimu

buat kali yang terakhir

 

betapa hiba nya hati yang melihat..

apatah lagi yang merasa…

tragisnya sebuah kehilangan

 

dalam berai-berai hujan

menyedarkan diri…

tentang hakikat sebuah kehidupan

tentang kematian

tentang bekalan…

bila?

di mana?

bagaimana?

nyata bukan yang utama

yang pasti

mati itu satu destinasi

 

semoga yang tinggal

bangkit melangkah

mencedok hikmah

meniti masa dengan tabah

yang melihat

sama-sama muhasabah

sama-sama bermuhajadah

perbaiki diri

menambah amalan

kerna

bila tiba detik itu

di saat mata terpejam

di saat jantung berhenti berdetak

tibalah kita

pada kehidupan hakiki

di sanalah terbentang hakikat diri

 

andai dapat diri kembali

ingin bersujud seribu tahun lagi

 

makanya..

kehidupan dunia yang sedetik cuma

diharapkan kita tidak memuja

pada materi tidak disanjung

 

sementara hayat masih dihitung

hargailah peluang

buat menghimpun amalan

semoga nantinya

kehidupan hakiki

manis menanti

harum abadi

 

buat yang mendahului

moga kalian

aman dan tenang menanti

indah berseri di taman mewangi

yang pasti kalian

akan kami susuli.

 

Nukilan rasa:

Sawonila

https://aliknualikni.wordpress.com

(mengenang MH17@26 Syawal 1435H bersamaan 22 hb Ogos 2014)

Sambal Paus + Ikan Tawar

Amaran: Sesiapa yang hendak jaga berat badan ideal tidak dinasihatkan membuat sambal paus sebagai menu lunch atau dinner mereka. Ini kerana sambal paus merupakan catalyst/faktor penggalak menambah nasi.

BAHANBAHAN:

Buah paus ringan – dua tiga butir hak masih putik, dikoyak kulit dan diracik-racik halus sebelum dihiris.

Lada burung yang sudah masak – ikutlah nak pedas setara mana

Garam secukup rasa

Ikan selayang – dibakar dan ambil isinya sahaja

CARA MEMBUAT:

1) Di dalam lesung batu, tumbuk lada burung dengan garam dahulu hingga agak lumat ladanya.

2) Masukkan buah paus yang sudah diracik. Tumbuk lagi hingga agak hancur. Jangan lumat benar takut berdeney pulak, nanti tak sedap

3) Akhir sekali, masukkan isi ikan tawar dan tumbuk bersama bahan tadi sambil dikaup balik supaya sebati.

4) Ambik sudu, sodepkan masuk dalam mangkuk

Sambal paus sangat sesuai dimakan bersama Ikan Singgang ataupun kuah lemak. Memang menyangkutlah! Hinggakan mertua lalu pun kita tak kabar.

Nota:

Ikan tawar boleh diganti dengan ikan kering bakar misalan ikan tamban bakar dan ambil isinya. Tapi bila guna ikan kering, kuantiti garam kena waspada, takut terlebih masin.

buah pauh

Buah paus ringan (google)

Selamat mencuba!

Ikan Singgang

Ni resepi hak paling mudah sekali. Belam pejam mata pun buleh buat saing hak ni.

Bila mari perasaan malas berenyoh tu, hamba buat la singgang ni. Lawan dia ulam dan sambal paus ikan tawar/ikan kering. Choooorrrr air mulut terbit!

Bahan-bahan:

Ikan aya – kembung dan tenggiri pun buleh tapi kalau ikan aya ni lebih melenggak makan nasi.

Lengkuas – hak molek cari lengkuas muda lebih kuran dua inci setengah, lepas tu hiris sekeping-keping.

Asam keping – kalau berjumpa dengan asam hak besar lebar tu molek nya…ambik lah dalam 5,6 keping

Bawang merah – hiris biar buleh semangkuk kecil

Bawang putih – lima, enam ulas dihiris

Kunyit hidup – dua tiga hiris jah, jangan di banyak nanti rasa pedar

Belacan sikit – kalau banyak takut ropong hidung tu kena resdung

Lada cengik atau lada burung – bubuh sutir-sutir ggitu lah

Lada hijau hak kita buat solok tu pun buleh jugak, bila gelegak, waaaal bau dia tu gak berasa nak senduk nasi dalam pinggan selaluh!

Garam 

Air secukupnya – biar padan dengan kuantiti ikan, kalau banyak sangat tak sedap.

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan kacawoli ikan, rebus atas dapur hingga gelegak bok-bok. Rebus biar masak bawang tu baru masuk ikan dan rebus hingga ikan masak. Masa rebus tu kalau air nampak dah kering buleh lah tambah sikit-sikit.

Rasa asam dan garam, kalau kurang buleh lah tambah apa yang patut. 

Hidang dengan nasi panas, ulam dan sambal paus+ikan tawar. Semeta-meta naik timbangan kilo.

Petua: Singgang ni lebih sedap masak dalam periuk tanah, tapi zaman kita ni saing nak cari duana periuk tanah ni…jadi kalau nak lebih sedap, masak awal-awal, lepas tu bila kita perangat sekali lagi tu hak lebih sedap.

Nota kaki: Aii, kena cari buah paus kelik ni..

Basikal

Saing yang cas ligas,

Hamba ni tak sabar benar nak tunggu hujung minggu ni boktan hamba ada berjanji dengan anak hak bongsu nak bawa dia pergi gatih basikal di taman rekreasi tak jauh dari rumah hamba ni. Hamba dok rasa dia pun sebenarnya tak jenera mana tidur menunggu hari pasal dia memang dah lama mengidam nak naik basikal tayar dua. Umur dah besar lagu ni pun masih tak reti-reti lagi. Salah hamba juga sebab asyik tak dan nak ajar dia. Tapi tak lah 100 % lah salah hamba sebab dia pun jenis penakut hampas. Dulu masa hamba tak sibuk belas mana, hamba rajin ajak (ajak-ajak ayam sebenarnya) tapi dia buat senyap dan duduk ralit kata nanti dulu. Sekarang lo ni dia baru kabar yang kaki dah nak sama panjang dengan kaki hamba, tapi masih duduk naik basikal tayar 4. Baru bersera malu dan takut disuka oleh budak-budak lain.

Ya Allah..hamba tiba-tiba ni teringat masa hamba kecil belajar naik basikal guna basikal besar yang ada galang kat tengah. Saing mesti tahu rupa basikal tua ni.

basikal tua

(sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

Basikal hak hamba naik tu hak Tok hamba gatih untuk pergi balaisah. Azab benar hamba nak gatih sampai terteweng badan halus kurus kering hamba dulu. Tapi usaha itu tangga kejayaan jadi hamba gatih dan tetap gatih walaupun banyak kali hamba rebah sampai menyacar tapi mujur tak dan terjun masuk parit dekat rumah Tok hamba tu.

Bila hamba dah mula makin ganas menggatih, ayah hamba berjanji dengan hamba, kalau dapat markah tinggi dalam periksa penggal, dia akan beli basikal baru sebutir untuk hamba. Maka hamba terus mempres gear 5 la kuat membaca masa tu sebab di mata hamba dah terbayang-bayang basikal baru. Makan nasi berlauk pagi nampak basikal. Tengah bermain tukar tiang dekat jamban sekolah, nampak basikal. Kelik sekolah ketika bermain pekong selipar alik petang, nampak basikal. Alas balik dari kelas fardhu ain rumah ustazah malam-malam lepas Isya’ pun, bila saing-saing bertempik kerenat kata ada hantu k*kpek lanj*t alik pohon langsat,  orang lain lari bercuda takut kena susut, hamba tetap berjalan dengan tenang sambil duduk membayang diri menggatih basikal baru.

Dengan takdir Allah, hamba yang mengaji sekolah tak pandai mana ni tiba-tiba mendapat markah molek. Kelik sekolah lusa tu, tersergam sebutir basikal baru, warna merah tua didepan rumah. Masih ingat lagi, jenamanya Raleigh Roamer! Ayah hamba beli sungguh! Hamba takut juga ayah hamba sebenarnya kata saja, nak suruh hamba rajin membaca sebab hamba ni jenis pemalas lebih pada apa. Bersera nak juling mata hamba kelih bersinar lar lar basikal baru hamba tu. Walaupun hamba dah pandai naik basikal tahap boleh berlomba, nak cerita ke saing, hamba tak sanggup naik dan mula menggatih sebab hamba takut tayar basikal hamba jadi cemar. Tapi akhirnya, bila ma hamba suruh pergi ke kedai runcit tak jauh dari rumah untuk beli roti bantal serta biskut gula dan hamba dijanjikan upah:

sarsi2air saksi (google)

chickadeesdan cikedis (google)

hamba dengan lapang dada menggatih basikal baru. Terasa lagi angin sepoi-sepoi bahasa menepis pipi hamba. Bila sampai, kerana sayang ke basikal baru, hamba heret ia masuk sekali ke dalam kedai sampai hamba kena jerkah ke makcik tuan kedai yang bengkeng dan suaranya deras seperti pelakar!

Maaf ke hamba, saing. Panjang pula kisah nostalgia hamba dan basikal merah tua. Dah umur lagu ni, memang banyak teringat kisah-kisah lama.

Doakan anak hamba berjaya hujung minggu nanti. Mana tahu, dia pun akan dapat basikal baru. Tapi jangan harap la hamba nak lepas dia pergi kedai sorang-sorang macam zaman kita beles-beles dulu!

“Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang taat kepada perintahMu, diwaktu mereka senang dan susah.”

Ayam Panggang Lada Hitam

Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam – potong ikut dan

2 inci halia

6 ulas bawang putih

4 sudu besar sos tiram

lada hitam tumbuk kasar sebanyak yang kita suka

sedikit madu

sedikit garam

sedikit minyak zaitun – untuk diretik

Cara-cara:

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus.

Comor pada ayam.

Satukan sos tiram dan madu.

Comor lagi pada ayam (brehi sungguh comor mencomor)

Akhir sekali tabur serbuk lada hitam kasar dan garam keliling kelalang ayam.

Masukkan ke dalam bekas yang sesuai diguna untuk membakar. Jangan guna bekas plastik pulak lama cair meloler habis dalam oven.

Retik dengan minyak zaitun.

Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Balik lah ayam tu sesekali pastu tiap kali balik, retik-retik lah ayam dengan minyak zaitun. Sekala dalam sejam lebih sikit masak molek dah ayam kita ni.

Selamat menerai!

Hamba ambil resipi ni dari blog kak Azie di sini. Tiap kali hamba kelih gambar-gambar masakan beliau, memang jadi nanar. Bersera nak tra buat belaka. Bersera saja lah. Saing pun maklum hamba dan dapur mesra sekodar-kodar saja 🙂

Bila orang Jerman Ingin Berkecek Luar..

Hamba tak tahu lah dari mana asal usul keturunan post ni. Saing hamba di watsep yang hantar ke hamba. Hamba rasa dah banyak juga yang dinasiktambah oleh saing hamba yang nakal dan memang jenis geliga. Nakal bunyinya bila hamba baca dengan suara yang deras. Memang hanya orang Jerman akan faham butir ayat-ayat di bawah ni. Sesiapa yang nak bersaing, bergewan, bertunang atau menikah dengan orang Jerman, sila lah belajar- belajar.

It starts here (yak boktan.. Tiba-tiba hamba berkecek Amareka)

Identiti Kelate anda dikesan tanpa disedari bila berkecek lagu ni….

1. Mari kita pergi encik, hujan sudah serik ni

2. Adik tuang air tu jangan banyak dik…padam padam dah banyak tu

3. Kakak… bungkuskan saya pulut lempa satu

4. Macam mana awak basuh baju ni habis pertik sawa

5. Adik…bagi saya tudung gelas ni…saya nk bawa balik air ni

6. Mula-mula panaskan minyak…masukkan bahan kisar….tumis hingga naik bau…kemudian masukkan awas

7. Maaf la ya…rumah bujang macam ni la memang berkubang

8. Pasang cadar dan sampul bantal ni…bg nampak kemas sikit

9. Bang bagi supik satu

10. Tolong ambik kunci motor dalam sorak meja tu

11. Ayang…camne dah sial ke belum demam ayang tu?

12. Kejap ye…tadi petir, tu letrik tak ada…sebab suis berjentap

13. Bang…bungkus air lanas satu

14. Makcik….mana duit cucur saya tadi

15. Makcik…bagi pletin satu, senang sikit nk minum air ni

16. Tokey…kakas sup ada jual?

17. Itik suka sangat la kalau main air char

18. Dik…jangan lari laju-laju…nanti rebah

19. Tolong ambilkan suis kereta aku kt meja tu.

20. Boleh tolong diam sikit tak? Pot pet pot pet….bosan la

21. Dulu masa musim banjir kat sini air lintas jalan

22. Dulu2 masa banjir air depan rumah ni sekat tekak

23. Awak buat apa sekarang ni? Lama tak jumpa.

     Tak ada buat apa pun duduk serus seras kat rumah..

24. Ok, kelas dah habis..boleh bersurau semua.

25. Adik saya jenis babil orangnya.

26. Eh! Tertinggal pulak bocong air kat rumah.

27. Puas dah suruh anak tina saya pakai tudung tapi dia jenis keras pedal. Tak dengar buah orang.

28. Dah banyak duit dalam celeng ni. Boleh dah bawa pergi bank.

29. Dah sudah guna jamban tu, jangan lupa gumba.

30. Berlubang dah kain sarung ayah ni. Agaknya kena kerit ke lipas.

31. Suka sangat bila dapat balik kampung masa puyan buah.

32. Hapak bengang bau kasut sekolah Mat Yo ni.

33. Derasnya bunyi tv. Sampai turit telinga.

Dalam banyak- banyak, favourite hamba yang nombor 29. Mungkin sebab hamba baru lepas kena cerah perut!!

IMG_2145.PNG