Bersakit-sakit dahulu..

Saing,

Hamba baru sudah menanak nasi. Lapar perut pedal hamba hari ni sebab 3 hari mbak hamba kena cerah perut. Tak tahu lah apa yang hamba makan, memulas pedih perut hamba sampai tak  boleh  nak buat kerja apa satu. Tahap naik bulu roma raaa bila dia mari rasa sakit tu. Ketar-ketar lutut hamba.

Habis tiga hari, nak jadi ke cerita, hamba buat-buat tra pakai baju lama. Aik! Sudah padan dengan smetar-metar. Dalam teringat pedih perut tu, hamba sengih termewet sorang-sorang. Betul lah kan orang tua selalu pesan, dalam duka ada suka, dalam payah ada mudah, dalam naik (naik sekak ulu hati sebab sakit perut tu), ada turun (segram dua berat badan hamba). Alhamdulillah. Tapi dah rasa segar ni, tekak hamba beronar pulak bersera nak makan serba mak nika. Nampak gayanya lepas ni naik la sekilo lepas turun segram! Ni hamba dok berasa-rasa nak makan..

nasi beriani

nasi beriani

sekut kt

biskut kapal terbang

asam jawa pulas

asam jawa salut gula penuh penar tu

kambing golek

kambing golek..

ahhh berat dah hamba sekali ni, saing!

Lupa pulak hamba nak tanya, kat tanah Melayu sekarang masih panas berketik kah macam bulan puasa hari tu? Ke sekarang ni musim hujan mula turut bret-bret? Kat tempat hamba duduk ni seminggu ni hujan genap-genap hari. Hamba suka sebenarnya sebab hujan jarang-jarang sekali turun. Kucing yang hamba pera ni pun tak buat kerja lain, asyik dok tengok ke luar rumah. Bekali duduk tertanya-tanya bila lah hujan hendak serik pasal tak boleh nak pergi berhambat diluar dan higap cicak kubing. Kucing hamba memang suka higap cicak kubing. Bukan untuk makan tapi sekadar lambung-lambung macam bola. Nyanya juga kadang-kadang hamba tengok ke cicak kubing tu tapi dah itu permainan dia, hamba buat tak reti saja lah.

Hamba nak gi ambik anak kat stesen bas pulak ni. Nanti kita menulis lagi.

(semua gambar adalah sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

“Ya Allah, lapangkanlah hati kami disaat kami diuji, baik dengan ujian yang besar atau sekadar yang kecil-kecil sahaja. Sesungguhnya sabar itu besar kelebihannya”

Spek

Allah..saing. Lama sungguh kita tak bersiaran. Banyak kali hamba cuba duduk depan laptop dan nak bubuh post baru tapi baru nak mula, ada saja hak bertempik nak minta tolong tengok kek kat dapur (budak-budak hak besar ni suka buat kek, saing. Sebab tu hamba gemuk tembong..) Baru nak duduk semula, ada pulak hak lain mari menyeneh nak mintak jalin rambut. Hamba turut saja lah. Bak kata kita hari tu, sikit lagi tinggal kita dengan ayah dia saja dok bercokah di rumah.

Hamba doa saing sihat belaka kat sana. Hamba kat sini segar degar alhamdulillah. Hari tu hamba gi buat spek mata baru. Multifocal dah la hamba ni, saing. Rasa benar umur dah 40 lebih. Pagi-pagi kalu dah lepas buat kerja rumah sebelum pergi kerja, hamba nak lah tengok handphone takut-takut ada message penting. Jangan harap la hamba nampak apa yang nak dibaca. Hamba pulak tak lekat rat lagi nak pakai spek 24/7 macam zaman rabun jauh kita budak-budak dulu. Rasanya sekarang ni, celik saja mata disebelah pagi kena higak spek bubuh atas batang hidung dulu baru cerah cuaca! Ke lagumana saing?

Disini, buat spek mata bukan macam tempat kita. Tempat kita jauh lebih maju. Biarlah orang kita sentiasa nak komplen segala benda salah dan segala kurang dengan sistem dinegara kita. Orang hak duduk jauh dari tanahair boleh rasa perbezaannya. Mungkin pendapat hamba saja. Tapi macam benda kecil seperti buat spek. Jangan harap lah nak siap dalam masa 3 hari. Apatah lagi nak merasa buat spek pukul 1 pukul 2.30 siap boleh bergaya spek baru. Memang tak merasa duduk disini. Serba lambat betat! Multifocal ni 10 hari baru siap. Merayu sampai hamba nak handing kepala ke dinding pun, memang tak akan siap sebelum 10 hari. Pahtu semestinya mahal macam bedil!

Sebab tu bila dah dapat spek baru, hamba memang nak pakai habis tan. Biar padan dengan harga. Bak kata ayah hamba..mahal tali pada beruk!!

spek

 “Makhluk itu lemah. Ada yang dapat dilihatnya dan ada yang tidak. Allah bersifat dengan sifat Al-Basar, Maha Melihat akan segala sesuatu. Seperti sifat-sifatNya yang lain, Allah melihat tanpa memerlukan kepada alat (kayf), tidak berkurang, tidak bertambah, tidak berubah dan sifat Maha Melihat Allah tidak mempunyai permulaan atau penghujung.”

Main dekcok

Saing segar ke? Sudah masuk hari ke tujuh tapi masih tak ada bayang. Sesungguhnya segala telah termaktub.

Kelmarin anak hamba balik dari sekolah nya geger gegak nak ajak mak dia bermain dekcok.

hopscotch-ladies

Hamba ni bukan rak dah nak melompat macam zaman 45 kg dulu. Tapi anak dah bersungguh lukis ‘papan dekcok’ di pasir jadi hamba kena lah turut ere. Baru 2 round hamba rasa lemah lumpuh dan bernyawa tak lepas. Berpeluh ra ra.  Parak hamba macam ni, saing. Hamba memang tak ‘fit’ sikit habuk dah nampaknya. Padahal baru 4 siri. Tak boleh jadi ni.

Hamba masuk rumah dan minum air berteguk-teguk. Baru nak duduk, anak hamba bertempik kiong-kiong tak nak bermain seorang. Hamba tak ada arah lah kena juga teman dan sambung bermain dengan dia. Dah makin banyak round, hamba pun rasa makin ringan badan hamba. Malah hamba rasa hamba pulak lebih menyungguh dari dia! Yang hamba paling suka, bila tengok dan dengar suara anak hamba dok suka keras bila hamba berdekcok terhoyong hayang hendak rebah. Sebenarnya hamba luga ketika itu!

Hamba ni contoh terbaik orang yang langsung tak bercara ke exercise. Jak dari zaman mengaji dulu, hamba tak berapa minat aktiviti lasak macam gi rukas bukit, camping, masuk hutan dan jenis-jenis lagu tu. Mungkin sebab hamba memang anti ke pacat lintah jadi apa sahaja yang hamba boleh buat untuk tidak berada dalam situasi dimana hamba kena teriak ko’or bila kena ketik ke dua jenis binatang liar ni, hamba akan buat. Bila dah habis mengaji, hamba kerja di pejabat yang mana hamba tak perlu mana berhungga ke sana ke mari sampai hamba jadi panas so’oh. Zaman tu muda lagi. Tak pe lah tak berpeluh mana pun sebab badan payah naik. Tapi sekarang, hamba berharap ke puasa sunat, makan buah, kurang makan nasi dan makan malam sebelum pukul 6. Kalau bukan sebab tu,  hamba ni mungkin dah jadi segemuk Mrs Doubtfire (anak hamba terlopong kalau tengok cerita ni) . Tapi hamba tak boleh berlapang dada. Kejadian bermain dekcok kelmarin telah memberi satu pengajaran  besar ke hamba.  Saing baca ni tak tolong gobar ke?

Saing, petang ni selalu kita kena start berjalan keliling kampung. Tak boleh jauh, start dengan 1/2 kilometer pun hamba kira ganas dah tu.

Ra’an & Chef

As-salam saing yang jauh,

Saing alik nu segar ke tu? Hamba alik ni ado raso ra’an sikit tubuh. Gamaknya sebab hujan tak serik banyak hari dah. Baru ni panas ting ting sampai naik senak butir mata. Bila cuaca dok sekejap lagu ini, sekejap lagu itu, kesan biasa lah bila mula rasa macam hendak demam. Harap-harap setakat rasa sakit urat saja lah. Kalau dah mula demam, satu kerja pun tak menjadi. Duduk ralit nak rebah belakang saja. Nak angkat tangan pun tak rak.

Kemarin hari yang agak lorat. Mak dan ayah mertua ada mari nak jenguk anak cucu. Macam yang saing sedia maklum, hamba ni tak berapa reti memasak. Buat lauk ikut dan sampai ketar tangan. Orang lain memasak setengah jam sudah siap tapi hamba ni, tempoh setara tu, baru dok bermutar itik nak kerat sayur! Mujur lah akhirnya lauk pauk siap. Dah la dengan hujan lagi, mesti lah mereka lapar perut pedal. Bila tengok pinggan semua licin lemun, lega hati hamba.

chef

Esok fikir untuk memasak lauk lain pulak. Ketar gugar nak habiskan dua minggu menjadi chef. Tapi sebenarnya hamba suka pasal kalau tidak, hamba akan ikut erel perangai pemalas bab memasak ni. Memang parak tapi memang itu bukan bakat semulajadi hamba. Mujur lah suami dan anak sudah faham dan mudah berbasa. Apa saja hamba hidang, mereka akan telan dengan molek ada. Alhamdulillah. Sebelum hamba lupa, kalau saing rak, bila mana ada resipi yang mudah-mudah dan sedap, tolong la bubuh disini. Senang hamba nak tra bila hamba rasa rajin.

Hamba rasa kena berhenti lah dulu. Nak pergi telan penadol dan lepas tu hamba kena bersiap bekal sekolah budak-budak. Mereka ni dah besar jergut pun masih nak ibu juga yang siapkan bekal. Nak bermanja lah tu. Tak pe lah. Budak-budak sekolah sekejap saja. Kelip pas kelip pas, habis sekolah menengah lepas tu habis la kita kena tinggal. Betul tak saing?

Au revoir!