Rezeki

Saing,

Hari ni hamba lorat gaduh bersiap untuk mari kerja. Mujur lah hamba dan letak kucing hamba di luar. Ada sekali hamba tak teringat sebab kes lorat ni lah, bila balik kerja, bukak jah pintu rumah, waaaa semerbak busuk bengang sebutir rumah. Dan la kucing ni tinggal hasil. Cerah perut pulak tu.

Nak berkongsi sikit lah suatu drama hidup hari-hari dengan saing. Sejak hari tu lagi hamba teringat dah tapi hamba pergi bubuh post cerita meranggos la pulak. Tajuk kisah ni memang betul dah. Rezeki masing-masing.

Ditempat hamba duduk ni kerajaan dia ada badan kebajikan. Niat mereka, hamba rasa baik yakni nak menolong orang yang kurang mampu tambah-tambah dengan taraf hidup yang sangat tinggi. Tapi sebenarnya ramai yang ambil peluang salahguna sistem yang ada ni. Hamba bagi contoh lah deh?

Ada keluarga dari sebuah negara ni, kata lah dari Iraq datang ke negara ni. Pasangan sedang-sedang, tak lah tua sangat. Setara kita (akhir 30an-40an). Ada anak 4. Umur sorang baru habis sekolah, 3 masih sekolah. Mereka dapat visa sebagai refugee (contoh).

Selepas beberapa bulan, mereka mula boleh buat permohonan dari jabatan kebajikan kerajaan ni. Selalunya mereka akan berbual-bual dengan saing-saing baru yang dah duduk bertahun disini dan mereka pun buleh lah idea apa yang mereka nak cuba dapatkan daripada jabatan kebajikan ni.  Bermula lah episod isi borang.

dollar-signs

Beberapa bulan kemudian mereka akan dapat:

1) pertolongan dari segi bayaran sewa rumah rumah atau rumah sebijik (housing commission). Contoh, sewa rumah 3 bilik biasa 2000 sebulan. Mereka hanya perlu bayar 10%.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai, bayar sewa (kalau menyewa) harga penuh.

2) Anak sorang ada jenis hyperactive sikit. Saing tadi pun nasihat gi jumpa doktor, buat lah cerita dasyat-dasyat anak ni suka merungkas tahap tak reti nak tidur siang malam. Kalau gi supermarket, aktif terlajak last-last trolley shopping tohok tak tahu kemana sebab dok hambat anak ni dari mula masuk kedai sampai ke kelik. Pastu doktor pulak pemalas, dia pun mengesah lah anak kamu ada ADD (Attention Deficit Disorder). Apply untuk elaun penjaga budak ni. Dalam 200 lebih sebulan jugak lah. Masuk akaun.

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai ni pun ada jugak hak buas lagu ni tapi basa dia lah budak. Kalau duduk diam macam orang bersanding dok tengok orang bersilat pulut, tu bukan budak namanya!

3) Dah macam tu dapat lah pulak health card. Dapat yang ni, kira beres lah termasuk kos jumpa doktor gigi, check mata, hatta buat spek baru. Harga ubat serba serbi disini mahal. Jumpa doktor harga lain, dapat ubat kena gi farmasi lain, ubat harga lain.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai semestinya kena cover sendiri lah kos-kos ni semua.

Keluarga tadi mula menjadi semakin tamak.

4) Ayah pulak ada sakit belakang sikit. Sikit jah.Tapi laki ni terus gi jumpa doktor (doktor tadi lah ni, yang mengesah anak buas terlebih cas ligas tadi)  kata sakit kuat tak boleh duduk lama,  tak boleh berdiri lama, tak boleh mencangkung lama, apatah lagi menyenggeng, meniarap, terlentang atau menunggeng nyior! Kira serba tak boleh lah. Apply untuk elaun OKU. Dalam 1000 lebih sebulan. Masuk akaun. Dapat extra sticker gambar OKU untuk kereta.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai tadi pun ada sakit macam-macam sakit tapi kena bergagah cari rezeki. Sibuk kerja tak ada masa nak gi beratur hantar borang.

5) Anak hak umur lepas sekolah tu. Konon-konon nak mencari kerja. Eh! Kawan baru mak ayah kata, boleh apply elaun jugak sementara dapat kerja hak SESUAI. Apply. Dalam 500 jugak sebulan. Masuk akaun. Oh! Kos pengangkutan mana-mana nak pergi berderap pun dapat potongan harga.

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai cuba buat permohonan juga, lagi-lagi masuk kolej tapi ditolak sebab gaji mak ayah melebihi had maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan untuk dapat elaun ni. Kos pengangkutan pun tak dapat lah potongannya. Mahal hari-hari nak ke kolej. Tapi demi ilmu, kena lah ikat perut.

6) Anak hak sekolah, dapat jugak elaun untuk beli barang sekolah, dan macam-macam tersangat macam-macam, tahap boleh daftar anak di sekolah swasta!

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai bersekolah disekolah kerajaan. Yuran minimal, buku teks percuma. Itu saja yang mampu.

Sekarang mereka sudah menjadi alik sana pada tamak!

7) Selepas setahun merasa betapa mewahnya hidup, saing hari tu kata, kalu awak dua ni berlakon kata tak duduk sebumbung dah, konon-konon dalam proses nak bercerai lah, dapat lagi elaun lain. Maka, pergi lah si bini buat muka sedih ke jabatan kebajikan dan apply. Jumlah tak boleh nak kata sebab memang akan dapat berbagai elaun lagi.

Hakikatnya: Si ayah dapat kerja buruh binaan dan pasang paip. Dia hanya minta di bayar cash sebab kalau tidak kena lah bayar cukai. Kerja pun secara ikut suka. Si emak juga buka kelas tuisyen di rumah, mengajar bahasa Arab ke budak-budak bayar ikut jam dan kena bayar cash juga. Si anak yang umur lepas sekolah pun, kerja sepenuh masa, jadi buruh dan dibayar cash.

Selepas setahun, mereka boleh pakai kereta baru (dan beli sebuah kereta lagi yang second hand untuk anak sulung mudah pergi berderap ke sana ke mari) dan bercuti dalam negara ketika cuti penggal sekolah yang lain. Semua pakai handphone pesen terbaru, tak termasuk tablet dan komputer dan tv sebesar pintu rumah.

Jenama pakaian harian anak-anak pun tidak kurang dari G-Star Raw atau jenama yang hebat-hebat belaka (bukan jenama kedai Hari-hari macam di Malaysia tu!). Si ayah mula daftar masuk gym, sebab orang sini pakat gila gi gym. Tak dan berapa lama ayah pun berjalan tahap lengan terkengkeng sebab otot sudah jadi berketul-ketul tahap nak suap nasik pun ee’ah..ee’ah, payah benar bunyinya!

Hasilnya: Anak-anak mereka lihat semua hasil usaha mak ayah cari ‘pendapatan;’ cara ni . Jadi anak-anak pun tak bercara belas mana ke pelajaran sebab mereka hanya perlu tahu apa nak buat untuk memanipulasikan sistem dan hidup akan senang selesa tanpa perlu bekerja keras langsung. Kerja pun ikut suka sekadar untuk cari wang saku. Tumpuan kerja keras tahunan adalah untuk mengisi borang-borang yang perlu di jabatan kebajikan (update informasi kewangan keluarga)

b_20120821151959575270

Rumusan: Rezeki ni Allah dah tetap dan tentu belaka. Halal hak kita nak cari. Haram walau sikit pun kita mintak jauh. Biar sikit pun tak pa lah, tapi halal. Ingat balik mengaji ilmu solat. Fardhu ain saja ni. Kalu ada benda haram dalam perut masa kita sembahyang tu, kalu semua syarat sah sempurna, tak ada hal. Sah lah sembahyang kita tapi PAHALANYA LAGU MANA? Kita nak bawak pahala ni hak jadi penimbang berat mizan kita. Kalu dah menipu jadi punca dapat rezeki, itu lagumana kisah? Jangan la sampai galak beda’ah nak hidup senang lenang, terlupa nah bahawa seksok setiap sen akan dihitung dari mana ia mari, ke mana ia dibelanja?

 

Advertisements

5 thoughts on “Rezeki

  1. suka baca blog cik putihbersempo & cik sawonila ni. kalu buleh tanyo la, cik putihbersempo ni duduk alik negara mana? terima kasih.

    • ambo duduk alik hemisfera selatan jugak lah Mek. Tak jauh dari Malaya. Kalau naik kapaterbang pun, tak dan kerang punggung. Setara naik bas ekspress dari Kolumpo ko Kota Bharu saja.

    • Wey lop, ado Mek mari baco blog kita ni..selekey la Mek mari pulop walaupon tempat kito ni kalu beranging molep baru kaba nok menulih.

  2. wey la saing,
    bagusnya kerajaan di negara hak saing duduk tu dih?
    tapi kalu lah kerajaan negara kita buat lagu serupa..ai, dok bersera ramailah jadi serupa hak dalam cerita saing royat di atas ni.

    bab rezeki ni memang lah Allah dah tentukan, tapi proses nak buleh rezeki tu lagu mana?
    ni ada satu cerita bonda hamba dok royat masa zaman kita dok mengaji sekali dulu..
    ada orang kaya ni dia meniaga sendiri, jadi kalu meniaga sendiri ni pendapatan tidak tetap lah kan? tapi oleh kerana dia sememangnya kaya, hak tetap tu jumlah dia banyaklah.

    bila anak masuk universiti, maka hak set makan gaji duit kemacar sokmo ni mintalah bantuan biasiswa.
    eh, dia pun nak mintak jugak, jadi di isinya lah ruangan gaji tu lima ratus jah.
    maka, anak mengaji ditanggung oleh kerajaan, biarpun ayah dia tu alik sana mampu nak beli serba serbi.

    tidakkah kita ni sudah mengambil hak orang kurang mampu?

    maka, seramai-ramai anak dia tu, lagu tu lah dia buat.
    Kuasa Allah tu lebih besar mengatasi segala hak besar.

    tibalah saat habis mengaji, nak terbit bekerja.
    maka isi lah borang minta kerja, pergi lah interbiu di serata pejabat.

    orang lain senang jah buleh kerija, tapi anak orang kaya ni payah sungguh rezeki kerija dia.
    akhirnya kerija dengan ayah sendiri, buat macam-macam kerija tak setimpal dengan hak belajar.

    bila dia tengok anak orang lain senang boleh kerija, mak dia mari tanya bonda, bakpo gak kepayahan anak dia nak buleh kerija?
    jadi bonda tanya proses semasa mengaji dulu lagu mana?
    maka diceritakan seperti di atas.

    jadi gak saing, benar lagi betul hak saing sebut tu.
    biar lah payah sikit, ikat perut sikit.
    janji hak halal kita buleh.
    seksok nafas tak sesok,
    hati pun linang tengok anak hidup senang.

    senang ni banyak kategori saing dih.
    sihat sokmo tu, senang Alhamdulillah.
    rumah tangga bahagia, tak dop cerai-berai tu senang, Alhamdulillah.
    cukup makan pakai tu Alhamdulillah.
    apa saja keperluan kita, Allah cukupkan walaupun kelihatan sangat mustahil lagi pelik.
    Alhamdulillah.

    Hamba pun ada juga cerita sikit-sikit bab mustahil lagi pelik ni.
    Tak apalah kita simpan dulu.
    Seksok kalu bersera nak wat terbit, kita karang semula.

    tengok sahajalah orang palestin sana, ikan besar2 serah diri masuk dalam perahu. tak payah rohak nak pergi igap.
    sebab kalau dan Allah nak beri, siapa yang berhak halang?
    tapi kalau dan Allah tak sir beri, gohek gostan lah ikut mana pun, tak buleh-buleh.

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s