Whatgapo!

Alah laaa..

Selak hamba baca senarai makanan hak anak2 saing tulis. Insya Allah, ada rezeki, sampai kelik la tu.

Dah seminggu lebih hamba bermutar itik. Banyak sungguh kerijaan nak settle. Minggu lepas ada lah sorang duktur ni bawak anak dia umur 7 tahun, nak masuk darjah satu. Sebelum ni dia sekolah sama dengan kakak dia tu, alih-alih tak ser pergi sekolah selepas 2 minggu sekolah buka. Jadi, ibu ni tadi kata biar lah dia pilih sekolah lagu mana dia nak. Memang duktur ni sebut perkataan “lagu”. Hamba ni bila dengar perkataan “lagu” tu gak, mari selalu dalam fikiran bahawa al-duktur ni asal sama tempat dengan negeri kita la saing! – negeri tanah rendah sekebun bunga Cik Siti Wan Kembang.

Akhirnya selepas tiga hari, al-duktur pun sarendar sebab anak dia ni tak ser nak bergaul mesra dengan saing sebaya. Saing-saing hak lain ni gap habis tam bergaya nak suruh dia masuk duduk dalam kelas. Tiga hari duduk berkeliling bangunan sekolah. Last day tu, dia jek hamba dengan kaki sebab bersungguh gaya dia tu (bakali hamba gaya tak kena lagu!), bila hulur tangan nak bersalam, dia ramas rapat jip! Lepas tu sepak habis kasut sekolah orang hak mana ada tersusun molek tu. Akhirnya dia hunggar gi rungkas pagar sekolah!!­čś░ bertempik-tempik kata sekolah ni huduh, buruk dan tak best. Berpeluh-pelai mak dia hambat anak. Hamba tengok pun nyayer.

Ralat jugak rasa di hati sebab tak berjaya menolong tapi sekali fikir kalau dah gitusemer, cenkak kah?

Lepas pada tu mak dia bawak anak kelik sambil ucap terima kasih. Itulah last hamba kelih mereka anak beranak.

Berita negara pulak dok gegey pasal sistem pendidikan negara. Sistem yang diperkenalkan 5 tahun lepas tu, sistem PBS ditangguhkan sepenuhnya sebab beban ke guru banyak terlajak! Mujur lah sekolah hamba tak ikut sangat sistem ni. Hamba malas nak komen pasal ni, saing kena lah tengak sendiri di internet, lebih jelas rasanya.

Okay saing! Hamba nak gi jenguk budak2 tengah beryoya-yoya tunggu makanan sampai ni!

 

Koya

Hari Komis sudah. Bukan skat tu jas..nak habis Februari dah. Cepat telajak rasanya. Saing tu tak dan apa-apa semeta lagi dah nak cuti sekolah pulak. Rasa macam baru jas dok belarak riuh gegam cari baju sekolah. Nak cuti semula dah.

Kemarin hamba dok tengok teket nak kelik ke kampung. Hamba baru dok lilas lilas tengok, budak-budak dah selak berpakat nak buat list begapa yang mereka nak makan dan nak buat kalau jadi kelik. Hamba rasa sian pulak bila baca walaupun rasa nak tersuka.

List hak bosu:
Air nyor dan isi hok beringus
Krepok pedas manis
Buah paus siam
Gi pasar malam
Kuih telinga keling
Makan pulut tak kira begapa asal pulut

kuih2

keropok pedas manis

nyomudo

List hak tengah:
Colet buah
Air tebu
Baju kelawar
Nasi segala nasi
Nasi belauk
Nasi belauk
Nasi belauk
(Nak kata anak hak ni berehi nasi telajak)

images

Anak hak tua:
Filem kamera hak gulung 36 x 15
KFC

filem

(Ihsan: google )

Acu tengak gak selera masing-masing. Habis tan tulis list. Tapi hamba rasa kalu tak jadi kelik, memang teriak berjebak jebak la airmata budak-budak haya ni.

Saing pakat doa la hamba anak beranak jadi kelik des? Walaupun ini semua masih ditahap koya, kalau hari-hari hamba koya, mana tahu boleh menjadi sungguh.

p/s Tengak gambar hak dok cicah colet buah tu, corrrrrr lecas mulut hamba! haha!

Lorat + Gaduh

24_7-image-300x300

Bila yang kita rasa tak lorat, saing? Hari-hari kita lorat. Kalau ikut ke lorat, dok hungga pergi mari, hamba rasa tak menasabah hamba ini tak kurus kerket macam zaman kita mengaji dahulu. Mungkin juga pasal lorat lah maka hamba makan kokser. Walaupun hamba sentiasa berazam nak makan yang berkukus, sop-sop dan tidak pergi dekat makanan bergoreng, itu semua tinggal azam saja. Hamba rasa hamba berazam lagu itu sejak 8 tahun dulu. Sampai sekarang lani memang tak berdegis azam hamba itu.

Semalam ada seorang staff baru datang ke office hamba. Dia kelihatan letih nyat-nyat bila dia masuk dan hamba sampai kena tanya kalau-kalau dia hendak minum air. Dalam malu-malu dia mengangguk. Dia beritahu hamba hajat kenapa dia hendak jumpa hamba lepas tu sebelum dia terbit, dia kata dia berasa marah kenapa sehari ada 24 jam jas. Hamba tanya, berapa jam hak dia akan rasa cukup dalam sehari? Dia kerling ke hamba dan bikas bangun terbit dari office. Hamba tiba-tiba naik serial bulu roma dan berdebar dak dak. Kalaulah dia beragama seperti kita, memang hamba sudah bangat-bangat peringat ke dia tentang barakah masa. Tiap-tiap hari kenalah mintak dengan Allah dari jak Subuh lagi biar kita diberi barakah masa ni. Biar boleh buat serba maknika yang bermanfaat, yang boleh beri pahala ke kita dalam sehari ini. Kalau dah lagu itu, lorat setara mana pun, bila kita dok muhasabah semetar sebelum jenera malam-malam, kita tak akan rasa hari kita sia-sia. Letih tu sudah rolib sebab kita ini sudah lah bekerja, nak pitas budak-budak lagi pastu nak bercara ke rumahtangga pulak (hamba takser sebut pasal bergulai dan menyayur sebab bila kelih jas ke jam ni, hamba start nak gobar dah..)

Okay lah saing. Hamba nak pergi kucar melo segelas.

Hijabelit

Hari ini dah tak hujan. Boleh lah nak jemur kain sampai kering macam keropok. Bila angkat..waaaal..sedap sungguh baunya. Nikmat boleh menghidu lah itu namanya. Kadang-kadang kita dok bernyawa sros-sros kita lupa nak fikir tentang nikmat-nikmat sebegini. 

Hari ini hamba seperti biasa masuk kerja. Ada 15 benda nak buat kalau ikut checklist hamba. Tapi seperti sekala, dapat buat 5 pun dah kira bisa benar. Masa tengahari tadi hamba terbit sekejap  dari office pergi ke bank. Bila dah terbit, macam-macam lah hamba terkelih. Masalah hamba, tiap kali hamba lihat muslimah pakai tudung tapi tak tak tutup aurat selain kepala dengan elok, hamba jadi gedebar raip sedih tak tahu bakpa. Satu kesukaan orang tempat tinggal hamba ni, mereka tutup kepala dengan molek. Terlebih molek sebenarnya. Kain kelubung mereka akan belit sampai hamba jadi nanar takut mereka tidak cukup oksigen. Tapi pakaiannya ketat gelemat ya Rabbi hamba yang sama perempuan ini menjadi malu nak kelih. Rasa hendak pergi menusut. Lain dengan tempat saing tinggal, masalah biasa disana ialah muslimah pakai tudung tetapi berbaju lengan pendek atau kain berbelah. Disini tiada masalah lagu itu. Hati hamba selalu tertanya-tanya. Kalau wanita bertudung datas tapi dibawahnya semua ketat gelemat, sebenarnya apa tujuan sipemakai ini? Kalau budak-budak tanya, hamba selalu kata, dia mungkin tak kabar baju dia ketat. 

Hamba rasa itu lah antara cabaran-cabaran membesarkan anak perempuan. Kita dah ajar asas ugama, tapi mereka anak remaja. Bila kelih di instagram, di facebook model-model muslimah yang comel berjentat, mereka teringin juga hendak memakai serupa itu. Setakat ni hamba masih gagah lagi mengawal minat-minat mereka. Hamba beli lah juga tali tekak, gelang-gelang hatta cincin gurkha yang tak melampau designnya. Yang penting jangan sampai jadi perhatian ikut ser  mata-mata liar. 

Okay lah saing. Masa untuk mencari resipi hari kedua membuat lauk. Gobar dihati sudah terasa. Hamba harap budak-budak tidak bergelewat didapur bila hamba mula nak memasak. Kalau tidak, jawabnya kena redas lah dengan sodep!

Jumpa lagi!

Ra’an & Chef

As-salam saing yang jauh,

Saing alik nu segar ke tu? Hamba alik ni ado raso ra’an sikit tubuh. Gamaknya sebab hujan tak serik banyak hari dah. Baru ni panas ting ting sampai naik senak butir mata. Bila cuaca dok sekejap lagu ini, sekejap lagu itu, kesan biasa lah bila mula rasa macam hendak demam. Harap-harap setakat rasa sakit urat saja lah. Kalau dah mula demam, satu kerja pun tak menjadi. Duduk ralit nak rebah belakang saja. Nak angkat tangan pun tak rak.

Kemarin hari yang agak lorat. Mak dan ayah mertua ada mari nak jenguk anak cucu. Macam yang saing sedia maklum, hamba ni tak berapa reti memasak. Buat lauk ikut dan sampai ketar tangan. Orang lain memasak setengah jam sudah siap tapi hamba ni, tempoh setara tu, baru dok bermutar itik nak kerat sayur! Mujur lah akhirnya lauk pauk siap. Dah la dengan hujan lagi, mesti lah mereka lapar perut pedal. Bila tengok pinggan semua licin lemun, lega hati hamba.

chef

Esok fikir untuk memasak lauk lain pulak. Ketar gugar nak habiskan dua minggu menjadi chef. Tapi sebenarnya hamba suka pasal kalau tidak, hamba akan ikut erel perangai pemalas bab memasak ni. Memang parak tapi memang itu bukan bakat semulajadi hamba. Mujur lah suami dan anak sudah faham dan mudah berbasa. Apa saja hamba hidang, mereka akan telan dengan molek ada. Alhamdulillah. Sebelum hamba lupa, kalau saing rak, bila mana ada resipi yang mudah-mudah dan sedap, tolong la bubuh disini. Senang hamba nak tra bila hamba rasa rajin.

Hamba rasa kena berhenti lah dulu. Nak pergi telan penadol dan lepas tu hamba kena bersiap bekal sekolah budak-budak. Mereka ni dah besar jergut pun masih nak ibu juga yang siapkan bekal. Nak bermanja lah tu. Tak pe lah. Budak-budak sekolah sekejap saja. Kelip pas kelip pas, habis sekolah menengah lepas tu habis la kita kena tinggal. Betul tak saing?

Au revoir!