Dapur yang sunyi

Saing tuuu,

Tengok-tengok dah hari Jumaat lagi kita ni, saing. Alhamdulillah.

Minggu ni hamba kerja memang teruk sikit. Kerja kuat terlebih sampai baru hamba terkejut kar bila hamba perasan yang hamba tak bergulai sedikit habuk minggu ni!!

o-SHOCKED-FACE-facebook

Berat kes hamba ni, saing. Bukan la maksudnya hamba tak masuk ke dapur langsung. Hamba masuk lah. Mesti masuk. Nak membela diri, hamba ada jugak memasak hak ringkas-ringkas setara kira-kira dari kerat bawang sampai ke hidang dalam 15 minit siap. One pot/ wok meal saja. Cuma hamba tak dan langsung nak bergulai hak macam dalam tv atau memasak lauk berbagai jenis nak hidang-hidang penuh meja. Sebenarnya nak memasak rajin-rajin sangat pun hamba ni jenis penakut. Takut membazir. Bila tak habis, pakat bubuh dalam bekas, honyoh masuk dalam peti sejuk lepas tu pakat buat tak nampak. Bersusun-susun dalam peti tu. Tak ke sayu hati hamba hak berdiri berjam-jam memasak? Jadi betul dah la tindakan hamba ni kan, saing? Lagipun hari tu hamba ada tengok video di youtube. Hamba ni seorang yang mudah teriak. Terlalu gembira dengan ketabahan dua beradik tu yang penuh bergantung kepada Allah, sampai bengkak bengkil mata hamba teriak dan sejak tu hamba berazam untuk memasak dan makan sekodar-sekodar saja. Kena didik diri dan keluarga sebab kita orang melayu ni secara umumnya makan agak mewah, walaupun tak semewah makan-makan keluarga kaya arab alik sana hak ada kepala kambing sebesar kepala singa menjadi ibu meja (tak tahu lah patut ke tak nak banding dengan dema tu).

Hamba sebenarnya dah mula potong bajet barang dapur (termasuk lauk pauk). Kalau dulu (sekadar contoh), $250 seminggu, sekarang hamba dah turunkan ke $180. Doanya duit hak lebih tu boleh lah sedekah ke saluran yg lebih memerlukan. Mana tahu, lepas ni boleh jadi kurang lagi dan lagi.

Hari ni hari mereka, tak mustahil satu hari nanti hari kita.

Mood: Ceria kerana hari ini hari Jumaat tapi dan teriak seround dah ni sebab hamba baru tengok video tu sekali lagi..

Rezeki

Saing,

Hari ni hamba lorat gaduh bersiap untuk mari kerja. Mujur lah hamba dan letak kucing hamba di luar. Ada sekali hamba tak teringat sebab kes lorat ni lah, bila balik kerja, bukak jah pintu rumah, waaaa semerbak busuk bengang sebutir rumah. Dan la kucing ni tinggal hasil. Cerah perut pulak tu.

Nak berkongsi sikit lah suatu drama hidup hari-hari dengan saing. Sejak hari tu lagi hamba teringat dah tapi hamba pergi bubuh post cerita meranggos la pulak. Tajuk kisah ni memang betul dah. Rezeki masing-masing.

Ditempat hamba duduk ni kerajaan dia ada badan kebajikan. Niat mereka, hamba rasa baik yakni nak menolong orang yang kurang mampu tambah-tambah dengan taraf hidup yang sangat tinggi. Tapi sebenarnya ramai yang ambil peluang salahguna sistem yang ada ni. Hamba bagi contoh lah deh?

Ada keluarga dari sebuah negara ni, kata lah dari Iraq datang ke negara ni. Pasangan sedang-sedang, tak lah tua sangat. Setara kita (akhir 30an-40an). Ada anak 4. Umur sorang baru habis sekolah, 3 masih sekolah. Mereka dapat visa sebagai refugee (contoh).

Selepas beberapa bulan, mereka mula boleh buat permohonan dari jabatan kebajikan kerajaan ni. Selalunya mereka akan berbual-bual dengan saing-saing baru yang dah duduk bertahun disini dan mereka pun buleh lah idea apa yang mereka nak cuba dapatkan daripada jabatan kebajikan ni.  Bermula lah episod isi borang.

dollar-signs

Beberapa bulan kemudian mereka akan dapat:

1) pertolongan dari segi bayaran sewa rumah rumah atau rumah sebijik (housing commission). Contoh, sewa rumah 3 bilik biasa 2000 sebulan. Mereka hanya perlu bayar 10%.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai, bayar sewa (kalau menyewa) harga penuh.

2) Anak sorang ada jenis hyperactive sikit. Saing tadi pun nasihat gi jumpa doktor, buat lah cerita dasyat-dasyat anak ni suka merungkas tahap tak reti nak tidur siang malam. Kalau gi supermarket, aktif terlajak last-last trolley shopping tohok tak tahu kemana sebab dok hambat anak ni dari mula masuk kedai sampai ke kelik. Pastu doktor pulak pemalas, dia pun mengesah lah anak kamu ada ADD (Attention Deficit Disorder). Apply untuk elaun penjaga budak ni. Dalam 200 lebih sebulan jugak lah. Masuk akaun.

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai ni pun ada jugak hak buas lagu ni tapi basa dia lah budak. Kalau duduk diam macam orang bersanding dok tengok orang bersilat pulut, tu bukan budak namanya!

3) Dah macam tu dapat lah pulak health card. Dapat yang ni, kira beres lah termasuk kos jumpa doktor gigi, check mata, hatta buat spek baru. Harga ubat serba serbi disini mahal. Jumpa doktor harga lain, dapat ubat kena gi farmasi lain, ubat harga lain.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai semestinya kena cover sendiri lah kos-kos ni semua.

Keluarga tadi mula menjadi semakin tamak.

4) Ayah pulak ada sakit belakang sikit. Sikit jah.Tapi laki ni terus gi jumpa doktor (doktor tadi lah ni, yang mengesah anak buas terlebih cas ligas tadi)  kata sakit kuat tak boleh duduk lama,  tak boleh berdiri lama, tak boleh mencangkung lama, apatah lagi menyenggeng, meniarap, terlentang atau menunggeng nyior! Kira serba tak boleh lah. Apply untuk elaun OKU. Dalam 1000 lebih sebulan. Masuk akaun. Dapat extra sticker gambar OKU untuk kereta.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai tadi pun ada sakit macam-macam sakit tapi kena bergagah cari rezeki. Sibuk kerja tak ada masa nak gi beratur hantar borang.

5) Anak hak umur lepas sekolah tu. Konon-konon nak mencari kerja. Eh! Kawan baru mak ayah kata, boleh apply elaun jugak sementara dapat kerja hak SESUAI. Apply. Dalam 500 jugak sebulan. Masuk akaun. Oh! Kos pengangkutan mana-mana nak pergi berderap pun dapat potongan harga.

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai cuba buat permohonan juga, lagi-lagi masuk kolej tapi ditolak sebab gaji mak ayah melebihi had maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan untuk dapat elaun ni. Kos pengangkutan pun tak dapat lah potongannya. Mahal hari-hari nak ke kolej. Tapi demi ilmu, kena lah ikat perut.

6) Anak hak sekolah, dapat jugak elaun untuk beli barang sekolah, dan macam-macam tersangat macam-macam, tahap boleh daftar anak di sekolah swasta!

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai bersekolah disekolah kerajaan. Yuran minimal, buku teks percuma. Itu saja yang mampu.

Sekarang mereka sudah menjadi alik sana pada tamak!

7) Selepas setahun merasa betapa mewahnya hidup, saing hari tu kata, kalu awak dua ni berlakon kata tak duduk sebumbung dah, konon-konon dalam proses nak bercerai lah, dapat lagi elaun lain. Maka, pergi lah si bini buat muka sedih ke jabatan kebajikan dan apply. Jumlah tak boleh nak kata sebab memang akan dapat berbagai elaun lagi.

Hakikatnya: Si ayah dapat kerja buruh binaan dan pasang paip. Dia hanya minta di bayar cash sebab kalau tidak kena lah bayar cukai. Kerja pun secara ikut suka. Si emak juga buka kelas tuisyen di rumah, mengajar bahasa Arab ke budak-budak bayar ikut jam dan kena bayar cash juga. Si anak yang umur lepas sekolah pun, kerja sepenuh masa, jadi buruh dan dibayar cash.

Selepas setahun, mereka boleh pakai kereta baru (dan beli sebuah kereta lagi yang second hand untuk anak sulung mudah pergi berderap ke sana ke mari) dan bercuti dalam negara ketika cuti penggal sekolah yang lain. Semua pakai handphone pesen terbaru, tak termasuk tablet dan komputer dan tv sebesar pintu rumah.

Jenama pakaian harian anak-anak pun tidak kurang dari G-Star Raw atau jenama yang hebat-hebat belaka (bukan jenama kedai Hari-hari macam di Malaysia tu!). Si ayah mula daftar masuk gym, sebab orang sini pakat gila gi gym. Tak dan berapa lama ayah pun berjalan tahap lengan terkengkeng sebab otot sudah jadi berketul-ketul tahap nak suap nasik pun ee’ah..ee’ah, payah benar bunyinya!

Hasilnya: Anak-anak mereka lihat semua hasil usaha mak ayah cari ‘pendapatan;’ cara ni . Jadi anak-anak pun tak bercara belas mana ke pelajaran sebab mereka hanya perlu tahu apa nak buat untuk memanipulasikan sistem dan hidup akan senang selesa tanpa perlu bekerja keras langsung. Kerja pun ikut suka sekadar untuk cari wang saku. Tumpuan kerja keras tahunan adalah untuk mengisi borang-borang yang perlu di jabatan kebajikan (update informasi kewangan keluarga)

b_20120821151959575270

Rumusan: Rezeki ni Allah dah tetap dan tentu belaka. Halal hak kita nak cari. Haram walau sikit pun kita mintak jauh. Biar sikit pun tak pa lah, tapi halal. Ingat balik mengaji ilmu solat. Fardhu ain saja ni. Kalu ada benda haram dalam perut masa kita sembahyang tu, kalu semua syarat sah sempurna, tak ada hal. Sah lah sembahyang kita tapi PAHALANYA LAGU MANA? Kita nak bawak pahala ni hak jadi penimbang berat mizan kita. Kalu dah menipu jadi punca dapat rezeki, itu lagumana kisah? Jangan la sampai galak beda’ah nak hidup senang lenang, terlupa nah bahawa seksok setiap sen akan dihitung dari mana ia mari, ke mana ia dibelanja?