BERAI – BERAI HUJAN

dalam berai – berai hujan

keretaku bergerak perlahan

melodi bernada sayu

menemaniku pulang..

terkenang siaran tayangan

tentang kepulangan

dua puluh jasad-jasad warga tanahairku

di nanti dengan penuh debaran

dengan tangisan..

 

dalam berai-berai hujan

airmataku mengalir

terkenang hati yang kehilangan

insan tersayang…

tersayat hati

melihat si kecil memeluk keranda

bonda  tercinta

 

mama oh mama…!

andaikan ku dapat mengucup pipimu

buat kali yang terakhir

 

betapa hiba nya hati yang melihat..

apatah lagi yang merasa…

tragisnya sebuah kehilangan

 

dalam berai-berai hujan

menyedarkan diri…

tentang hakikat sebuah kehidupan

tentang kematian

tentang bekalan…

bila?

di mana?

bagaimana?

nyata bukan yang utama

yang pasti

mati itu satu destinasi

 

semoga yang tinggal

bangkit melangkah

mencedok hikmah

meniti masa dengan tabah

yang melihat

sama-sama muhasabah

sama-sama bermuhajadah

perbaiki diri

menambah amalan

kerna

bila tiba detik itu

di saat mata terpejam

di saat jantung berhenti berdetak

tibalah kita

pada kehidupan hakiki

di sanalah terbentang hakikat diri

 

andai dapat diri kembali

ingin bersujud seribu tahun lagi

 

makanya..

kehidupan dunia yang sedetik cuma

diharapkan kita tidak memuja

pada materi tidak disanjung

 

sementara hayat masih dihitung

hargailah peluang

buat menghimpun amalan

semoga nantinya

kehidupan hakiki

manis menanti

harum abadi

 

buat yang mendahului

moga kalian

aman dan tenang menanti

indah berseri di taman mewangi

yang pasti kalian

akan kami susuli.

 

Nukilan rasa:

Sawonila

https://aliknualikni.wordpress.com

(mengenang MH17@26 Syawal 1435H bersamaan 22 hb Ogos 2014)

PEREMPUAN DAN KELUBUNG

Wahai perempuan,

Bila nak berkelubung..

Sibarlah, belitlah, putarlah, gulunglah

Kalau minat, hiaslah ..

dengan pin bernondengan

kancing kemas ditengkuk

brooch besar dibahu tersangkut.

Dengan kata lain, buatlah lagu-lagu mana pun

Asalkan..

Niat dihati kamu terjaga

Had aurat wajah tertutup sempurna

Ingat aurat luar solat dan dalam solat adalah sama

Tiada peha, betis  dan lengan  tertayang percuma

Tidak bersendat berketat berbalut tubuh bagai membalut nangka

Tidak jarang pakaian dan kelubung yang menyaluti kita.

 muka

(sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memberi kekuatan untuk kita melakukan ketaatan dan menjauhi diri daripada suka berhias-hias untuk dipuja puji oleh yang tidak selayaknya.

Ikhlas tapi jauh,

putihbersempol

Hebatnya Perempuan – Bilo Sawonilo berbunyi..

Handowww, kelas saing hamba ni!
Acu mari nak tera sebaris dua…

Fitrah lelaki hok Allah buak,
Tok cukup sor, pak dio nok rembat,
Biar gi lah doh dia nok tunjuk hebat sangat,
Tengok-tengok terguling batim tok kabar ko ingat!

Orang ppuang Insya’Allah hebat,
Tok llaki dok mabuk nok bbining,
Dia bangun malam-malam sambung talian hayat,
Mengadu dengan Allah bakpo jadi ggining,
Hati kusut gelabut slow-slow jadi bening.

Kepada anok-anok diasuh diajar,
Jangan derhaka ke pok sendiri,
Biarlah pok mu nok buat makar,
Kita kelih gi, harap-harap satu hari dio kabar,
Qiam lah anok waktu dinihari,
Mohon taubat, mohon hidup diberkati.

Apa nak keluh, apa nak kesah,
Ingatlah semua hok Allah surat doh.

Kain jawa batik bertulis,
Dipakai mari anok Zulfakar,
Di Luh Mahfuz sudoh tertulis,
Tidok lah lagi dapat ditukar.

Hanya iman jadi sandaran,
Kepada Allah dipohon kekuatan,
Hidup di dunia memang banyak ujian,
Banyakkan sobar, Insya’Allah aman.

Kalu hidup bertunjangkan iman,
Allah dan Rasul jadi pedoman,
Insya’Allah, marilah ribut mahupun taufan,
Tok berdegis eh, mugo hok syurga nun jadi pilihan.

Hebatnya Perempuan

Beberapa minggu lepas sepupu hamba beri sajak UAI ni ke hamba saja-saja buat hiburan. Hamba sengih termewet baca. Dasar perangai suka bersajak tak ikut irama dan tulis ikut ser, hamba pun balas sajak ni. Tapi untuk simpanan sendiri belan-belan suka seorang. Hari ni hamba rasa nak share dengan saing. Selekan baca.

Sajak utk isteri…..
Hebatnya Perempuan

oleh : UAI

ooo orang puang …
mung bangung pagi ,
mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh ,
mung jd makmung ,
mung masok ,
mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea ,
mung ato suami ke pitu pago ,
mung cium tangang ye …
mung mitok maah …
mung dok rehak …
mung basoh baju pulok ,
mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok ,
mung beli laok maok ,
mung masok pulok ,
mung siang ikang ,
mung potong sayor ,
mung ggoreng …
mung letih …
mung dok rehak …
tengohari ,
anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate ,
mung sabo ,
anok tu wak bising ,
mung redho ,
anok tu wak hhanya ,
mung senyum ,
anok tu nangih ,
mung tetak manih …
mung taboh …
mung dok rehak g …
mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap ,
mung tukang basuh ,
mung tukang lap ,
mung tukang kkemah …
sapa petang …
mung dok rehak …
suami pulok balek ,
mung belari cium tangang ye ,
mung mitok maah ,
mung hidang ke die minung petang,
mung bagi senyumang ke ye ,
mung hiborkang ati ye …
mung letih …
mung nyando tepi meseng nyo …
garib tibe ,
mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami ,
mung sarong ppioh suami,
mung hiborkang lagi ,
lagi dan lagi …
malang tibe ,
mung jd permaisuri ,
mung bahagiakan suami ,
mung jd bidadari …
dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge … amiin..
*hebak mung orang ppuang*

Balah sajak uai
oleh: putihbersempol

Pahtu dalang diang..
Suami mung kheling ko hok ppuang lagi soghang,
Mung tetap jamu suami makang,
Mung tetap jadi bidadari malang2,
Mung senyung muka dok pernah masang,
Sambut dia kelik beghambak ciung tangang

Dakpe lah..
Anok suami semua Allah bagi pinjang,
Peluang pahala harapnya dok nnunggu wi bbeghak nnimbang,
Hidup bukang lama bui jah la kalu suami nok pasang lagi dua tiga pak oghang,
Kalu tok adil gak seksok biornya jawab la.. Apa nok heghang..

Hati sedih mung telang jangang sapa oghang tahu,
Mung manusia biasa nyo mari rasa hiba pilu,
Selama ni molek ada suka gege skali,
Dang dia pasang cawangang..tok leh elok la nyo mari rasa sunyi.

Jangan ikut eghe ilmu mung tu sebenornyo tok banyok mana,
Baik mung mula ssungguh gi ssugha masjid ngadak tok guru buka kitab belajor ugama,
Penuh masa so hal.. Hok paling peting nnimbung mung tamboh pahala,
Koho lamo lagu ni, koho mung jauh dari dunia,
Lama-lama hati mung koho rasa redha.
Alhamdulillah.

*memang mung ppuang hebak*