Basikal

Saing yang cas ligas,

Hamba ni tak sabar benar nak tunggu hujung minggu ni boktan hamba ada berjanji dengan anak hak bongsu nak bawa dia pergi gatih basikal di taman rekreasi tak jauh dari rumah hamba ni. Hamba dok rasa dia pun sebenarnya tak jenera mana tidur menunggu hari pasal dia memang dah lama mengidam nak naik basikal tayar dua. Umur dah besar lagu ni pun masih tak reti-reti lagi. Salah hamba juga sebab asyik tak dan nak ajar dia. Tapi tak lah 100 % lah salah hamba sebab dia pun jenis penakut hampas. Dulu masa hamba tak sibuk belas mana, hamba rajin ajak (ajak-ajak ayam sebenarnya) tapi dia buat senyap dan duduk ralit kata nanti dulu. Sekarang lo ni dia baru kabar yang kaki dah nak sama panjang dengan kaki hamba, tapi masih duduk naik basikal tayar 4. Baru bersera malu dan takut disuka oleh budak-budak lain.

Ya Allah..hamba tiba-tiba ni teringat masa hamba kecil belajar naik basikal guna basikal besar yang ada galang kat tengah. Saing mesti tahu rupa basikal tua ni.

basikal tua

(sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

Basikal hak hamba naik tu hak Tok hamba gatih untuk pergi balaisah. Azab benar hamba nak gatih sampai terteweng badan halus kurus kering hamba dulu. Tapi usaha itu tangga kejayaan jadi hamba gatih dan tetap gatih walaupun banyak kali hamba rebah sampai menyacar tapi mujur tak dan terjun masuk parit dekat rumah Tok hamba tu.

Bila hamba dah mula makin ganas menggatih, ayah hamba berjanji dengan hamba, kalau dapat markah tinggi dalam periksa penggal, dia akan beli basikal baru sebutir untuk hamba. Maka hamba terus mempres gear 5 la kuat membaca masa tu sebab di mata hamba dah terbayang-bayang basikal baru. Makan nasi berlauk pagi nampak basikal. Tengah bermain tukar tiang dekat jamban sekolah, nampak basikal. Kelik sekolah ketika bermain pekong selipar alik petang, nampak basikal. Alas balik dari kelas fardhu ain rumah ustazah malam-malam lepas Isya’ pun, bila saing-saing bertempik kerenat kata ada hantu k*kpek lanj*t alik pohon langsat,  orang lain lari bercuda takut kena susut, hamba tetap berjalan dengan tenang sambil duduk membayang diri menggatih basikal baru.

Dengan takdir Allah, hamba yang mengaji sekolah tak pandai mana ni tiba-tiba mendapat markah molek. Kelik sekolah lusa tu, tersergam sebutir basikal baru, warna merah tua didepan rumah. Masih ingat lagi, jenamanya Raleigh Roamer! Ayah hamba beli sungguh! Hamba takut juga ayah hamba sebenarnya kata saja, nak suruh hamba rajin membaca sebab hamba ni jenis pemalas lebih pada apa. Bersera nak juling mata hamba kelih bersinar lar lar basikal baru hamba tu. Walaupun hamba dah pandai naik basikal tahap boleh berlomba, nak cerita ke saing, hamba tak sanggup naik dan mula menggatih sebab hamba takut tayar basikal hamba jadi cemar. Tapi akhirnya, bila ma hamba suruh pergi ke kedai runcit tak jauh dari rumah untuk beli roti bantal serta biskut gula dan hamba dijanjikan upah:

sarsi2air saksi (google)

chickadeesdan cikedis (google)

hamba dengan lapang dada menggatih basikal baru. Terasa lagi angin sepoi-sepoi bahasa menepis pipi hamba. Bila sampai, kerana sayang ke basikal baru, hamba heret ia masuk sekali ke dalam kedai sampai hamba kena jerkah ke makcik tuan kedai yang bengkeng dan suaranya deras seperti pelakar!

Maaf ke hamba, saing. Panjang pula kisah nostalgia hamba dan basikal merah tua. Dah umur lagu ni, memang banyak teringat kisah-kisah lama.

Doakan anak hamba berjaya hujung minggu nanti. Mana tahu, dia pun akan dapat basikal baru. Tapi jangan harap la hamba nak lepas dia pergi kedai sorang-sorang macam zaman kita beles-beles dulu!

“Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang taat kepada perintahMu, diwaktu mereka senang dan susah.”

Advertisements

Bersakit-sakit dahulu..

Saing,

Hamba baru sudah menanak nasi. Lapar perut pedal hamba hari ni sebab 3 hari mbak hamba kena cerah perut. Tak tahu lah apa yang hamba makan, memulas pedih perut hamba sampai tak  boleh  nak buat kerja apa satu. Tahap naik bulu roma raaa bila dia mari rasa sakit tu. Ketar-ketar lutut hamba.

Habis tiga hari, nak jadi ke cerita, hamba buat-buat tra pakai baju lama. Aik! Sudah padan dengan smetar-metar. Dalam teringat pedih perut tu, hamba sengih termewet sorang-sorang. Betul lah kan orang tua selalu pesan, dalam duka ada suka, dalam payah ada mudah, dalam naik (naik sekak ulu hati sebab sakit perut tu), ada turun (segram dua berat badan hamba). Alhamdulillah. Tapi dah rasa segar ni, tekak hamba beronar pulak bersera nak makan serba mak nika. Nampak gayanya lepas ni naik la sekilo lepas turun segram! Ni hamba dok berasa-rasa nak makan..

nasi beriani

nasi beriani

sekut kt

biskut kapal terbang

asam jawa pulas

asam jawa salut gula penuh penar tu

kambing golek

kambing golek..

ahhh berat dah hamba sekali ni, saing!

Lupa pulak hamba nak tanya, kat tanah Melayu sekarang masih panas berketik kah macam bulan puasa hari tu? Ke sekarang ni musim hujan mula turut bret-bret? Kat tempat hamba duduk ni seminggu ni hujan genap-genap hari. Hamba suka sebenarnya sebab hujan jarang-jarang sekali turun. Kucing yang hamba pera ni pun tak buat kerja lain, asyik dok tengok ke luar rumah. Bekali duduk tertanya-tanya bila lah hujan hendak serik pasal tak boleh nak pergi berhambat diluar dan higap cicak kubing. Kucing hamba memang suka higap cicak kubing. Bukan untuk makan tapi sekadar lambung-lambung macam bola. Nyanya juga kadang-kadang hamba tengok ke cicak kubing tu tapi dah itu permainan dia, hamba buat tak reti saja lah.

Hamba nak gi ambik anak kat stesen bas pulak ni. Nanti kita menulis lagi.

(semua gambar adalah sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

“Ya Allah, lapangkanlah hati kami disaat kami diuji, baik dengan ujian yang besar atau sekadar yang kecil-kecil sahaja. Sesungguhnya sabar itu besar kelebihannya”

Mek Wok

Kemarin tengah sedap-sedap mengucar dan menumis bawang lada dalam kuali, tiba-tiba api berdesir naik. Terkanjar kebelakang hamba saing weh. Hilang gedebar, hamba pun buat-buat berani la tengok apa hak tak kena sebab hero tak balik lagi masa tu. Bila diangkat kuali tu, nampak basah bawah punggung mek wok tu. Rupa-rupanya mek wok tiris dah la!!

Hamba ni saing bangsa jenis hak tidak buat koleksi pinggan mangkuk macam orang lain. Hak ada di rumah ni hak paling basic sekali. Jadi nya, mek wok tu kuali hak paling besar hamba ada. Ada sebutir jah lagi kuali adik sikit pada mek wok ni. Sejarah mek wok ni mula 19 tahun lepas lagi ni. Masa hamba mula-mula mengadu nasib di bandaraya ni ritu.  Dari zaman naif tahap dewa hingga lah masak asam ragam pe’el orang bandaraya.

Mek wok ni hadiah bonda hamba masa mula-mula pindah ke rumah sewa masa bujang dulu. Banyak jasa la mek wok ni hingga kepek-rohek punggung dan sopeng telinga. Kalu di letak atas dapur, jadi congek cakdong! Mujur lah Bonda hamba ni ada petua nak suruh mek wok ni berkilat lar lar sokmo. Jadi sudah jadi rutin hamba menggahar punggung dan badan mek wok dengan sabun cap Buroh warna kuning tu setiap kali lepas guna.

Jadi nya dok mikir nak gi cari mek wok baru ni jenama penama rimau la pulak? Dulu guna cap Boyo, ni tak tahu lah takut Boyo pun takut nak terbit lepas kena penampar tawar Tok Bomo..heheheh…

Ni lah dia rupa mek wok yang banyak jasa selama 19 tahun, tak pernah service (baca: tapong) , hinggalah tiris kemarin.

image

Nanti kita kelih sama ada mek wok baru ni panjang umur macam hak lama, atau pun sapa lagi panjang umur, mek wok atau tuan dia. *gulp*

Do’a & tawakkal

Takleh nak taip banyak-banyak, saing. Kita ni masih hidup pergi mari serupa sekala tapi ada orang lain didunia ni sedang mengalami macam-macam dugaan hak mereka tak seka dan kita tak boleh bayang lagumana rasa.

Hanya do’a dari hamba dan anak beranak dumah ni semoga yang mana Islam agamanya, biar semakin bertambah keimanan kepada Allah yang telah tahu pada azali lagi apa yg sedang dialami. Kepada yang tidak, semoga kejadian lagu ini menjadikan kamu tertanya-tanya, kemana selepas ini? Dan membawa kepada pencarian yang maha hebat dan semoga diberi hidayah olehNya.

kapal-terbang

(Gambar: Google)

Ada hamba dengar hak tak nak dah naik kapal terbang. Sebut airport pun dah naik ra bulu roma. Tak payah lah ra tak tentu kalu. Tawakkal dan baca lah doa selalu sebelum bertolak ke mana-mana. Kalau dah takdirnya, tak payah tunggu naik kenderaan.. dok dumah makan colet pauh pun buleh terlekat pauh ditekak dan rebah bleping putus nyawa. Yang penting, mari kita sama-sama jaga kewajipan, tinggalkan larangan, banyakkan sedekah dan bersangka baik dengan yang Maha Pencipta. Habih story.