Rezeki

Saing,

Hari ni hamba lorat gaduh bersiap untuk mari kerja. Mujur lah hamba dan letak kucing hamba di luar. Ada sekali hamba tak teringat sebab kes lorat ni lah, bila balik kerja, bukak jah pintu rumah, waaaa semerbak busuk bengang sebutir rumah. Dan la kucing ni tinggal hasil. Cerah perut pulak tu.

Nak berkongsi sikit lah suatu drama hidup hari-hari dengan saing. Sejak hari tu lagi hamba teringat dah tapi hamba pergi bubuh post cerita meranggos la pulak. Tajuk kisah ni memang betul dah. Rezeki masing-masing.

Ditempat hamba duduk ni kerajaan dia ada badan kebajikan. Niat mereka, hamba rasa baik yakni nak menolong orang yang kurang mampu tambah-tambah dengan taraf hidup yang sangat tinggi. Tapi sebenarnya ramai yang ambil peluang salahguna sistem yang ada ni. Hamba bagi contoh lah deh?

Ada keluarga dari sebuah negara ni, kata lah dari Iraq datang ke negara ni. Pasangan sedang-sedang, tak lah tua sangat. Setara kita (akhir 30an-40an). Ada anak 4. Umur sorang baru habis sekolah, 3 masih sekolah. Mereka dapat visa sebagai refugee (contoh).

Selepas beberapa bulan, mereka mula boleh buat permohonan dari jabatan kebajikan kerajaan ni. Selalunya mereka akan berbual-bual dengan saing-saing baru yang dah duduk bertahun disini dan mereka pun buleh lah idea apa yang mereka nak cuba dapatkan daripada jabatan kebajikan ni.  Bermula lah episod isi borang.

dollar-signs

Beberapa bulan kemudian mereka akan dapat:

1) pertolongan dari segi bayaran sewa rumah rumah atau rumah sebijik (housing commission). Contoh, sewa rumah 3 bilik biasa 2000 sebulan. Mereka hanya perlu bayar 10%.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai, bayar sewa (kalau menyewa) harga penuh.

2) Anak sorang ada jenis hyperactive sikit. Saing tadi pun nasihat gi jumpa doktor, buat lah cerita dasyat-dasyat anak ni suka merungkas tahap tak reti nak tidur siang malam. Kalau gi supermarket, aktif terlajak last-last trolley shopping tohok tak tahu kemana sebab dok hambat anak ni dari mula masuk kedai sampai ke kelik. Pastu doktor pulak pemalas, dia pun mengesah lah anak kamu ada ADD (Attention Deficit Disorder). Apply untuk elaun penjaga budak ni. Dalam 200 lebih sebulan jugak lah. Masuk akaun.

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai ni pun ada jugak hak buas lagu ni tapi basa dia lah budak. Kalau duduk diam macam orang bersanding dok tengok orang bersilat pulut, tu bukan budak namanya!

3) Dah macam tu dapat lah pulak health card. Dapat yang ni, kira beres lah termasuk kos jumpa doktor gigi, check mata, hatta buat spek baru. Harga ubat serba serbi disini mahal. Jumpa doktor harga lain, dapat ubat kena gi farmasi lain, ubat harga lain.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai semestinya kena cover sendiri lah kos-kos ni semua.

Keluarga tadi mula menjadi semakin tamak.

4) Ayah pulak ada sakit belakang sikit. Sikit jah.Tapi laki ni terus gi jumpa doktor (doktor tadi lah ni, yang mengesah anak buas terlebih cas ligas tadi)  kata sakit kuat tak boleh duduk lama,  tak boleh berdiri lama, tak boleh mencangkung lama, apatah lagi menyenggeng, meniarap, terlentang atau menunggeng nyior! Kira serba tak boleh lah. Apply untuk elaun OKU. Dalam 1000 lebih sebulan. Masuk akaun. Dapat extra sticker gambar OKU untuk kereta.

Orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai tadi pun ada sakit macam-macam sakit tapi kena bergagah cari rezeki. Sibuk kerja tak ada masa nak gi beratur hantar borang.

5) Anak hak umur lepas sekolah tu. Konon-konon nak mencari kerja. Eh! Kawan baru mak ayah kata, boleh apply elaun jugak sementara dapat kerja hak SESUAI. Apply. Dalam 500 jugak sebulan. Masuk akaun. Oh! Kos pengangkutan mana-mana nak pergi berderap pun dapat potongan harga.

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai cuba buat permohonan juga, lagi-lagi masuk kolej tapi ditolak sebab gaji mak ayah melebihi had maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan untuk dapat elaun ni. Kos pengangkutan pun tak dapat lah potongannya. Mahal hari-hari nak ke kolej. Tapi demi ilmu, kena lah ikat perut.

6) Anak hak sekolah, dapat jugak elaun untuk beli barang sekolah, dan macam-macam tersangat macam-macam, tahap boleh daftar anak di sekolah swasta!

Anak orang yang bekerja bergaji dan bayar cukai bersekolah disekolah kerajaan. Yuran minimal, buku teks percuma. Itu saja yang mampu.

Sekarang mereka sudah menjadi alik sana pada tamak!

7) Selepas setahun merasa betapa mewahnya hidup, saing hari tu kata, kalu awak dua ni berlakon kata tak duduk sebumbung dah, konon-konon dalam proses nak bercerai lah, dapat lagi elaun lain. Maka, pergi lah si bini buat muka sedih ke jabatan kebajikan dan apply. Jumlah tak boleh nak kata sebab memang akan dapat berbagai elaun lagi.

Hakikatnya: Si ayah dapat kerja buruh binaan dan pasang paip. Dia hanya minta di bayar cash sebab kalau tidak kena lah bayar cukai. Kerja pun secara ikut suka. Si emak juga buka kelas tuisyen di rumah, mengajar bahasa Arab ke budak-budak bayar ikut jam dan kena bayar cash juga. Si anak yang umur lepas sekolah pun, kerja sepenuh masa, jadi buruh dan dibayar cash.

Selepas setahun, mereka boleh pakai kereta baru (dan beli sebuah kereta lagi yang second hand untuk anak sulung mudah pergi berderap ke sana ke mari) dan bercuti dalam negara ketika cuti penggal sekolah yang lain. Semua pakai handphone pesen terbaru, tak termasuk tablet dan komputer dan tv sebesar pintu rumah.

Jenama pakaian harian anak-anak pun tidak kurang dari G-Star Raw atau jenama yang hebat-hebat belaka (bukan jenama kedai Hari-hari macam di Malaysia tu!). Si ayah mula daftar masuk gym, sebab orang sini pakat gila gi gym. Tak dan berapa lama ayah pun berjalan tahap lengan terkengkeng sebab otot sudah jadi berketul-ketul tahap nak suap nasik pun ee’ah..ee’ah, payah benar bunyinya!

Hasilnya: Anak-anak mereka lihat semua hasil usaha mak ayah cari ‘pendapatan;’ cara ni . Jadi anak-anak pun tak bercara belas mana ke pelajaran sebab mereka hanya perlu tahu apa nak buat untuk memanipulasikan sistem dan hidup akan senang selesa tanpa perlu bekerja keras langsung. Kerja pun ikut suka sekadar untuk cari wang saku. Tumpuan kerja keras tahunan adalah untuk mengisi borang-borang yang perlu di jabatan kebajikan (update informasi kewangan keluarga)

b_20120821151959575270

Rumusan: Rezeki ni Allah dah tetap dan tentu belaka. Halal hak kita nak cari. Haram walau sikit pun kita mintak jauh. Biar sikit pun tak pa lah, tapi halal. Ingat balik mengaji ilmu solat. Fardhu ain saja ni. Kalu ada benda haram dalam perut masa kita sembahyang tu, kalu semua syarat sah sempurna, tak ada hal. Sah lah sembahyang kita tapi PAHALANYA LAGU MANA? Kita nak bawak pahala ni hak jadi penimbang berat mizan kita. Kalu dah menipu jadi punca dapat rezeki, itu lagumana kisah? Jangan la sampai galak beda’ah nak hidup senang lenang, terlupa nah bahawa seksok setiap sen akan dihitung dari mana ia mari, ke mana ia dibelanja?

 

Bedoah lalu

*sambil keser-keser mengesot betul pinggam, hamba berasa nak menulis sikit ni.

Sebelum tu nak tanya dulu saing segar molep dah ka? Bunyi kata tak berapa segar. Bangsa dia lah kalu berubah cuaca – dari cuaca di Jerman ke cuaca alek nu. Pah lagu mana kelik Jerman sari tu? Sampai lah hajat saing dan anak-anak nak makan makanan Jerman hak tiada tolok bandingan tu? Hehehe… Hamba ni pun lama benar dah tak kelik. Kalu saing tunjuk gambar buleh jadi gelepar dodeng-dodeng!!

Hujung minggu sari tu ayah budak2 ajak gi makan kedai. Cari punya cari kedai akhirnya jumpa satu kedai makan. Maka masuklah kami anak beranak dan duduk di sebuah meja. Berjiran dengan meja kami tu ada dua pasangan suami isteri yang masih muda belia. Comel lotam kedua-dua isteri tersebut. Soram pakai dress warna merah lar-lar. Soram pakai blaus kuda belang dengan skirt. Masa kami masuk tu dema tengsh duduk, jadi nampaklah kedua-dua sarat bawak baby dalam perut.

Lepas menjamu selera, dema takdi bsngun nak balik. Kami dok sibuk gohek gostan nasi lagi. Rasa nak tersembul butir mata hamba ni saing weh. Memey tersembul jatuh atas meja makan lepas tu kutip balik sumbat semula dalam soket mata!! Bila kedua-dua ibu muda hak sarat pregnant ni bangun! Allah lah, kesian tengok ka pakaian dema…alek sana ketat gelemat lagi saing wehh…rasa baby dalam perut tu pun tak berapa nak rak bernyawa!!

Hak pakai dress merah lar-lar tu gap nak berjangkah pun berbelit kaki..wak ka sempitnya baju..hak soram lagi dia bubuh rantai gajah pulak di pinggang blaus sedia ketat tu. Serupa lah blaus dia tak cukup ketat!!

Aduh saing!! Parak lah orang muda la ni dih?
Allah suruh tutup aurat tapi dia tutup urat jah…
Tak dak kekuatan lah hamba ni nak gi tegur.

Kalu pakai hak longgar bobeh-bobeh tu bakpa ke dia nya?
Tidaklah panas so’oh, yang penting syarat tutup aurat dipatuhi.

Tudung pakai tu comey benar dah..
Naik nyaknyer tengok.

Allahu Akbar. Mudah-mudahan kita dan anak cucu kita tidak bejadi lagi tu.

Spek

Allah..saing. Lama sungguh kita tak bersiaran. Banyak kali hamba cuba duduk depan laptop dan nak bubuh post baru tapi baru nak mula, ada saja hak bertempik nak minta tolong tengok kek kat dapur (budak-budak hak besar ni suka buat kek, saing. Sebab tu hamba gemuk tembong..) Baru nak duduk semula, ada pulak hak lain mari menyeneh nak mintak jalin rambut. Hamba turut saja lah. Bak kata kita hari tu, sikit lagi tinggal kita dengan ayah dia saja dok bercokah di rumah.

Hamba doa saing sihat belaka kat sana. Hamba kat sini segar degar alhamdulillah. Hari tu hamba gi buat spek mata baru. Multifocal dah la hamba ni, saing. Rasa benar umur dah 40 lebih. Pagi-pagi kalu dah lepas buat kerja rumah sebelum pergi kerja, hamba nak lah tengok handphone takut-takut ada message penting. Jangan harap la hamba nampak apa yang nak dibaca. Hamba pulak tak lekat rat lagi nak pakai spek 24/7 macam zaman rabun jauh kita budak-budak dulu. Rasanya sekarang ni, celik saja mata disebelah pagi kena higak spek bubuh atas batang hidung dulu baru cerah cuaca! Ke lagumana saing?

Disini, buat spek mata bukan macam tempat kita. Tempat kita jauh lebih maju. Biarlah orang kita sentiasa nak komplen segala benda salah dan segala kurang dengan sistem dinegara kita. Orang hak duduk jauh dari tanahair boleh rasa perbezaannya. Mungkin pendapat hamba saja. Tapi macam benda kecil seperti buat spek. Jangan harap lah nak siap dalam masa 3 hari. Apatah lagi nak merasa buat spek pukul 1 pukul 2.30 siap boleh bergaya spek baru. Memang tak merasa duduk disini. Serba lambat betat! Multifocal ni 10 hari baru siap. Merayu sampai hamba nak handing kepala ke dinding pun, memang tak akan siap sebelum 10 hari. Pahtu semestinya mahal macam bedil!

Sebab tu bila dah dapat spek baru, hamba memang nak pakai habis tan. Biar padan dengan harga. Bak kata ayah hamba..mahal tali pada beruk!!

spek

 “Makhluk itu lemah. Ada yang dapat dilihatnya dan ada yang tidak. Allah bersifat dengan sifat Al-Basar, Maha Melihat akan segala sesuatu. Seperti sifat-sifatNya yang lain, Allah melihat tanpa memerlukan kepada alat (kayf), tidak berkurang, tidak bertambah, tidak berubah dan sifat Maha Melihat Allah tidak mempunyai permulaan atau penghujung.”

Berbadi dan

Hari ini nak jadi ke cerita memang hamba letih berhambat pergi mari. Hak tengah ada kelas awal pagi lepas tu malam tadi seperti sekala duduk buat muga lain, tak bercara ke nak siap barang untuk pagi esok kan. Bila dah pagi baru la nak kalut kalai berjalan sampai terteweng sebab mata masih mengantuk dan segala benda baru nak kutip sumbat masuk dalam beg. Sepuluh kali hamba berleber pun, masuk telinga alik sini keluar telinga alik sana. Tak lekat dalam kepala sepatah habuk. Budak-budak..

Semalam kita berbual pasal sifat berbadi dan. Sampai ke cerah subuh hamba rasa macam tak jenera. Hamba rasa hamba tidur molek tapi dalam masa sama hamba rasa bergolek alas ke tu tak kena, bergolek alas ke ni tak juga jenera. Maknanya hamba kuat bermikir lah tu topik kita berbual kemarin.

Hamba dok berfikir kenapa orang ada sifat suka berbadi dan ni. Adakah sebab mereka ada sikit perasaan rendah diri jadi, nak suruh bersera ‘besar’ mereka pun suka berbadi? Orang jual gelang, dema nak retek pakai gelang. Tapi bila orang lain beli seutas, dema beli tiga! Orang jual tudung, dema pun beli tapi takut orang lain beli lebih, dema kaut habis licin siap-siap. Orang riuh beli tiga, dema buleh kata kita beli sedozen dah..tak geger pun. Kalu orang kata, ai kenal Pengarah tu. Baru orang lain nak sebut kenal, dia tahap mucum mulut nak bagitau dia kena lama dah, siap gi dumah makan durian sekali. Orang lain baru nak koho-koho sambung mengaji, tak dan orang tanya, dia jawab selalu, ph.d dia tinggal tak lama dah nak submit. Apa saja topik kita buka, dia tahu lebih dari orang. Apa saja kita tanya orang lain, dia deras mari nak jawab takut dan ke orang lain jawab dulu dan nanti nampak macam dia tak tahu!

Payah sangat kah nak merendah diri? Setahu hamba lah, kalau kita geger beda’ah lalu, lama-lama kebodohan kita akan terbit sikit-sikit dan orang akan mula naik war. Kalau yang berehi berbadi dan ni jahil tak mengaji ugama tak tahu hukum hakam, tu satu hal. Tapi yang hamba kelih nak berbadi dan baik pasal anak-anak, harta benda, ilmu ni ramai orang yang mulut pun sama naik nak menunjuk dia berehi cerita ugama, berehi update status di fb dia hadith-hadith, etc. Hak hamba rasa pilu benar bila dalam orang lagu ni berehi berbadi, dia rancak jugak dok menghuduh ke saing-saing sendiri. Sebab tu hamba rasa orang lagu ni sebenarnya ada masalah didalam perut pedal.

Mintak lah Allah lindungi kita daripada ada perangai lagu ni dan menurun ke budak-budak. Berbadi tak ada hal. Berbadi tambah ilmu, berbadi tolong orang susah, berbadi beri sedekah dan serba serbi lagi kalu nak berbadi dan gak tapi dalam berbadi tu menyungguh han pulak nak menunjuk, hamba rasa memang KO. Hamba tak suka nak bersaing dengan orang lagu ini sebab hamba takut hamba start meniru. Parak parak!

speaker

Kalau saing ada dengar hamba bercakap macam pakai speka, bercakap besar dan berbadi dan, hamba rayu saing tulong lah ambik selipar jepun dan pekong ke dahi hamba. Biar bekak bercobong pun, hamba sanggup!Yang penting beri hamba kabar betapa busuknya perangai lagu tu!

Hijabelit

Hari ini dah tak hujan. Boleh lah nak jemur kain sampai kering macam keropok. Bila angkat..waaaal..sedap sungguh baunya. Nikmat boleh menghidu lah itu namanya. Kadang-kadang kita dok bernyawa sros-sros kita lupa nak fikir tentang nikmat-nikmat sebegini. 

Hari ini hamba seperti biasa masuk kerja. Ada 15 benda nak buat kalau ikut checklist hamba. Tapi seperti sekala, dapat buat 5 pun dah kira bisa benar. Masa tengahari tadi hamba terbit sekejap  dari office pergi ke bank. Bila dah terbit, macam-macam lah hamba terkelih. Masalah hamba, tiap kali hamba lihat muslimah pakai tudung tapi tak tak tutup aurat selain kepala dengan elok, hamba jadi gedebar raip sedih tak tahu bakpa. Satu kesukaan orang tempat tinggal hamba ni, mereka tutup kepala dengan molek. Terlebih molek sebenarnya. Kain kelubung mereka akan belit sampai hamba jadi nanar takut mereka tidak cukup oksigen. Tapi pakaiannya ketat gelemat ya Rabbi hamba yang sama perempuan ini menjadi malu nak kelih. Rasa hendak pergi menusut. Lain dengan tempat saing tinggal, masalah biasa disana ialah muslimah pakai tudung tetapi berbaju lengan pendek atau kain berbelah. Disini tiada masalah lagu itu. Hati hamba selalu tertanya-tanya. Kalau wanita bertudung datas tapi dibawahnya semua ketat gelemat, sebenarnya apa tujuan sipemakai ini? Kalau budak-budak tanya, hamba selalu kata, dia mungkin tak kabar baju dia ketat. 

Hamba rasa itu lah antara cabaran-cabaran membesarkan anak perempuan. Kita dah ajar asas ugama, tapi mereka anak remaja. Bila kelih di instagram, di facebook model-model muslimah yang comel berjentat, mereka teringin juga hendak memakai serupa itu. Setakat ni hamba masih gagah lagi mengawal minat-minat mereka. Hamba beli lah juga tali tekak, gelang-gelang hatta cincin gurkha yang tak melampau designnya. Yang penting jangan sampai jadi perhatian ikut ser  mata-mata liar. 

Okay lah saing. Masa untuk mencari resipi hari kedua membuat lauk. Gobar dihati sudah terasa. Hamba harap budak-budak tidak bergelewat didapur bila hamba mula nak memasak. Kalau tidak, jawabnya kena redas lah dengan sodep!

Jumpa lagi!