BERAI – BERAI HUJAN

dalam berai – berai hujan

keretaku bergerak perlahan

melodi bernada sayu

menemaniku pulang..

terkenang siaran tayangan

tentang kepulangan

dua puluh jasad-jasad warga tanahairku

di nanti dengan penuh debaran

dengan tangisan..

 

dalam berai-berai hujan

airmataku mengalir

terkenang hati yang kehilangan

insan tersayang…

tersayat hati

melihat si kecil memeluk keranda

bonda  tercinta

 

mama oh mama…!

andaikan ku dapat mengucup pipimu

buat kali yang terakhir

 

betapa hiba nya hati yang melihat..

apatah lagi yang merasa…

tragisnya sebuah kehilangan

 

dalam berai-berai hujan

menyedarkan diri…

tentang hakikat sebuah kehidupan

tentang kematian

tentang bekalan…

bila?

di mana?

bagaimana?

nyata bukan yang utama

yang pasti

mati itu satu destinasi

 

semoga yang tinggal

bangkit melangkah

mencedok hikmah

meniti masa dengan tabah

yang melihat

sama-sama muhasabah

sama-sama bermuhajadah

perbaiki diri

menambah amalan

kerna

bila tiba detik itu

di saat mata terpejam

di saat jantung berhenti berdetak

tibalah kita

pada kehidupan hakiki

di sanalah terbentang hakikat diri

 

andai dapat diri kembali

ingin bersujud seribu tahun lagi

 

makanya..

kehidupan dunia yang sedetik cuma

diharapkan kita tidak memuja

pada materi tidak disanjung

 

sementara hayat masih dihitung

hargailah peluang

buat menghimpun amalan

semoga nantinya

kehidupan hakiki

manis menanti

harum abadi

 

buat yang mendahului

moga kalian

aman dan tenang menanti

indah berseri di taman mewangi

yang pasti kalian

akan kami susuli.

 

Nukilan rasa:

Sawonila

https://aliknualikni.wordpress.com

(mengenang MH17@26 Syawal 1435H bersamaan 22 hb Ogos 2014)

Sambal Paus + Ikan Tawar

Amaran: Sesiapa yang hendak jaga berat badan ideal tidak dinasihatkan membuat sambal paus sebagai menu lunch atau dinner mereka. Ini kerana sambal paus merupakan catalyst/faktor penggalak menambah nasi.

BAHANBAHAN:

Buah paus ringan – dua tiga butir hak masih putik, dikoyak kulit dan diracik-racik halus sebelum dihiris.

Lada burung yang sudah masak – ikutlah nak pedas setara mana

Garam secukup rasa

Ikan selayang – dibakar dan ambil isinya sahaja

CARA MEMBUAT:

1) Di dalam lesung batu, tumbuk lada burung dengan garam dahulu hingga agak lumat ladanya.

2) Masukkan buah paus yang sudah diracik. Tumbuk lagi hingga agak hancur. Jangan lumat benar takut berdeney pulak, nanti tak sedap

3) Akhir sekali, masukkan isi ikan tawar dan tumbuk bersama bahan tadi sambil dikaup balik supaya sebati.

4) Ambik sudu, sodepkan masuk dalam mangkuk

Sambal paus sangat sesuai dimakan bersama Ikan Singgang ataupun kuah lemak. Memang menyangkutlah! Hinggakan mertua lalu pun kita tak kabar.

Nota:

Ikan tawar boleh diganti dengan ikan kering bakar misalan ikan tamban bakar dan ambil isinya. Tapi bila guna ikan kering, kuantiti garam kena waspada, takut terlebih masin.

buah pauh

Buah paus ringan (google)

Selamat mencuba!

Ikan Singgang

Ni resepi hak paling mudah sekali. Belam pejam mata pun buleh buat saing hak ni.

Bila mari perasaan malas berenyoh tu, hamba buat la singgang ni. Lawan dia ulam dan sambal paus ikan tawar/ikan kering. Choooorrrr air mulut terbit!

Bahan-bahan:

Ikan aya – kembung dan tenggiri pun buleh tapi kalau ikan aya ni lebih melenggak makan nasi.

Lengkuas – hak molek cari lengkuas muda lebih kuran dua inci setengah, lepas tu hiris sekeping-keping.

Asam keping – kalau berjumpa dengan asam hak besar lebar tu molek nya…ambik lah dalam 5,6 keping

Bawang merah – hiris biar buleh semangkuk kecil

Bawang putih – lima, enam ulas dihiris

Kunyit hidup – dua tiga hiris jah, jangan di banyak nanti rasa pedar

Belacan sikit – kalau banyak takut ropong hidung tu kena resdung

Lada cengik atau lada burung – bubuh sutir-sutir ggitu lah

Lada hijau hak kita buat solok tu pun buleh jugak, bila gelegak, waaaal bau dia tu gak berasa nak senduk nasi dalam pinggan selaluh!

Garam 

Air secukupnya – biar padan dengan kuantiti ikan, kalau banyak sangat tak sedap.

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan kacawoli ikan, rebus atas dapur hingga gelegak bok-bok. Rebus biar masak bawang tu baru masuk ikan dan rebus hingga ikan masak. Masa rebus tu kalau air nampak dah kering buleh lah tambah sikit-sikit.

Rasa asam dan garam, kalau kurang buleh lah tambah apa yang patut. 

Hidang dengan nasi panas, ulam dan sambal paus+ikan tawar. Semeta-meta naik timbangan kilo.

Petua: Singgang ni lebih sedap masak dalam periuk tanah, tapi zaman kita ni saing nak cari duana periuk tanah ni…jadi kalau nak lebih sedap, masak awal-awal, lepas tu bila kita perangat sekali lagi tu hak lebih sedap.

Nota kaki: Aii, kena cari buah paus kelik ni..

Bedoah lalu

*sambil keser-keser mengesot betul pinggam, hamba berasa nak menulis sikit ni.

Sebelum tu nak tanya dulu saing segar molep dah ka? Bunyi kata tak berapa segar. Bangsa dia lah kalu berubah cuaca – dari cuaca di Jerman ke cuaca alek nu. Pah lagu mana kelik Jerman sari tu? Sampai lah hajat saing dan anak-anak nak makan makanan Jerman hak tiada tolok bandingan tu? Hehehe… Hamba ni pun lama benar dah tak kelik. Kalu saing tunjuk gambar buleh jadi gelepar dodeng-dodeng!!

Hujung minggu sari tu ayah budak2 ajak gi makan kedai. Cari punya cari kedai akhirnya jumpa satu kedai makan. Maka masuklah kami anak beranak dan duduk di sebuah meja. Berjiran dengan meja kami tu ada dua pasangan suami isteri yang masih muda belia. Comel lotam kedua-dua isteri tersebut. Soram pakai dress warna merah lar-lar. Soram pakai blaus kuda belang dengan skirt. Masa kami masuk tu dema tengsh duduk, jadi nampaklah kedua-dua sarat bawak baby dalam perut.

Lepas menjamu selera, dema takdi bsngun nak balik. Kami dok sibuk gohek gostan nasi lagi. Rasa nak tersembul butir mata hamba ni saing weh. Memey tersembul jatuh atas meja makan lepas tu kutip balik sumbat semula dalam soket mata!! Bila kedua-dua ibu muda hak sarat pregnant ni bangun! Allah lah, kesian tengok ka pakaian dema…alek sana ketat gelemat lagi saing wehh…rasa baby dalam perut tu pun tak berapa nak rak bernyawa!!

Hak pakai dress merah lar-lar tu gap nak berjangkah pun berbelit kaki..wak ka sempitnya baju..hak soram lagi dia bubuh rantai gajah pulak di pinggang blaus sedia ketat tu. Serupa lah blaus dia tak cukup ketat!!

Aduh saing!! Parak lah orang muda la ni dih?
Allah suruh tutup aurat tapi dia tutup urat jah…
Tak dak kekuatan lah hamba ni nak gi tegur.

Kalu pakai hak longgar bobeh-bobeh tu bakpa ke dia nya?
Tidaklah panas so’oh, yang penting syarat tutup aurat dipatuhi.

Tudung pakai tu comey benar dah..
Naik nyaknyer tengok.

Allahu Akbar. Mudah-mudahan kita dan anak cucu kita tidak bejadi lagi tu.

Mek Wok

Kemarin tengah sedap-sedap mengucar dan menumis bawang lada dalam kuali, tiba-tiba api berdesir naik. Terkanjar kebelakang hamba saing weh. Hilang gedebar, hamba pun buat-buat berani la tengok apa hak tak kena sebab hero tak balik lagi masa tu. Bila diangkat kuali tu, nampak basah bawah punggung mek wok tu. Rupa-rupanya mek wok tiris dah la!!

Hamba ni saing bangsa jenis hak tidak buat koleksi pinggan mangkuk macam orang lain. Hak ada di rumah ni hak paling basic sekali. Jadi nya, mek wok tu kuali hak paling besar hamba ada. Ada sebutir jah lagi kuali adik sikit pada mek wok ni. Sejarah mek wok ni mula 19 tahun lepas lagi ni. Masa hamba mula-mula mengadu nasib di bandaraya ni ritu.  Dari zaman naif tahap dewa hingga lah masak asam ragam pe’el orang bandaraya.

Mek wok ni hadiah bonda hamba masa mula-mula pindah ke rumah sewa masa bujang dulu. Banyak jasa la mek wok ni hingga kepek-rohek punggung dan sopeng telinga. Kalu di letak atas dapur, jadi congek cakdong! Mujur lah Bonda hamba ni ada petua nak suruh mek wok ni berkilat lar lar sokmo. Jadi sudah jadi rutin hamba menggahar punggung dan badan mek wok dengan sabun cap Buroh warna kuning tu setiap kali lepas guna.

Jadi nya dok mikir nak gi cari mek wok baru ni jenama penama rimau la pulak? Dulu guna cap Boyo, ni tak tahu lah takut Boyo pun takut nak terbit lepas kena penampar tawar Tok Bomo..heheheh…

Ni lah dia rupa mek wok yang banyak jasa selama 19 tahun, tak pernah service (baca: tapong) , hinggalah tiris kemarin.

image

Nanti kita kelih sama ada mek wok baru ni panjang umur macam hak lama, atau pun sapa lagi panjang umur, mek wok atau tuan dia. *gulp*

So’oh

Penghulu hari kali ni disambut oleh suasana di mana orang alek jjatuh ni pakat duduk mengeluh nak tarik nyawa tak lepas.

Nampaknya negara alek ni, pemimpin dan rakyat marhaen di uji Allah dengan beberapa perkara:

a) kemarau

b) cuaca panas pada biasa

c) air kering

d) jerebu

e) kapal terbang hak terbit tak kelik-kelik lagi

f) isu tok bomoh dok bbageh di airport dengan tikar terbang nya

Allah Al Musta’an!

Semoga saja hati kita tidak jerebu bila diasak dengan ujian. Mudah-mudahan semua kita pakat balik ke jalan yang benar, merenung menilai kehidupan selama hari ini tu sejauh mana dah kita heret diri kita…makin dekat ko main jauh dengan Syurga Allah.

 

Berasa nak berpantun la sikit saing!

 

Nasi lemak bergolek udang

Dimasak dengan santan kelapa

Biar mati berputih tulang

Tidak ku mahu berputih mata

 

Jadi gak biarlah so’oh panas sikit Allah bagi rasa, kena lah bersabar dan tambah khusyuk dalam solat.

Bukankah Allah dah berjanji, selepas susah ada senang tapi dengan syarat sabar dan buat amal banyak-banyak.

Diharap kita tidak lah pulak jadi terlupa di saat ujian ini diangkat, lupa nak bersyukur dan terus baiki amalan. Takut-takut nanti berputih mata, berpesir molek seksok masa orang lain duduk senang lenang dalam Syurga kita duduk dalam kawah api. Na’uzubilllah!

Belam-belam dok tunggu khabar berita, jarum dengan benang kita berjalan lah jugak sikit sebanyak.

Ni konon duduk buat beg.

Baru sudah dua keping lebih. Kita tunggu lah dia berjadi ke tidak beg nya.

Image

 

 

 

 

Whatgapo!

Alah laaa..

Selak hamba baca senarai makanan hak anak2 saing tulis. Insya Allah, ada rezeki, sampai kelik la tu.

Dah seminggu lebih hamba bermutar itik. Banyak sungguh kerijaan nak settle. Minggu lepas ada lah sorang duktur ni bawak anak dia umur 7 tahun, nak masuk darjah satu. Sebelum ni dia sekolah sama dengan kakak dia tu, alih-alih tak ser pergi sekolah selepas 2 minggu sekolah buka. Jadi, ibu ni tadi kata biar lah dia pilih sekolah lagu mana dia nak. Memang duktur ni sebut perkataan “lagu”. Hamba ni bila dengar perkataan “lagu” tu gak, mari selalu dalam fikiran bahawa al-duktur ni asal sama tempat dengan negeri kita la saing! – negeri tanah rendah sekebun bunga Cik Siti Wan Kembang.

Akhirnya selepas tiga hari, al-duktur pun sarendar sebab anak dia ni tak ser nak bergaul mesra dengan saing sebaya. Saing-saing hak lain ni gap habis tam bergaya nak suruh dia masuk duduk dalam kelas. Tiga hari duduk berkeliling bangunan sekolah. Last day tu, dia jek hamba dengan kaki sebab bersungguh gaya dia tu (bakali hamba gaya tak kena lagu!), bila hulur tangan nak bersalam, dia ramas rapat jip! Lepas tu sepak habis kasut sekolah orang hak mana ada tersusun molek tu. Akhirnya dia hunggar gi rungkas pagar sekolah!!😰 bertempik-tempik kata sekolah ni huduh, buruk dan tak best. Berpeluh-pelai mak dia hambat anak. Hamba tengok pun nyayer.

Ralat jugak rasa di hati sebab tak berjaya menolong tapi sekali fikir kalau dah gitusemer, cenkak kah?

Lepas pada tu mak dia bawak anak kelik sambil ucap terima kasih. Itulah last hamba kelih mereka anak beranak.

Berita negara pulak dok gegey pasal sistem pendidikan negara. Sistem yang diperkenalkan 5 tahun lepas tu, sistem PBS ditangguhkan sepenuhnya sebab beban ke guru banyak terlajak! Mujur lah sekolah hamba tak ikut sangat sistem ni. Hamba malas nak komen pasal ni, saing kena lah tengak sendiri di internet, lebih jelas rasanya.

Okay saing! Hamba nak gi jenguk budak2 tengah beryoya-yoya tunggu makanan sampai ni!