Dapur yang sunyi

Saing tuuu,

Tengok-tengok dah hari Jumaat lagi kita ni, saing. Alhamdulillah.

Minggu ni hamba kerja memang teruk sikit. Kerja kuat terlebih sampai baru hamba terkejut kar bila hamba perasan yang hamba tak bergulai sedikit habuk minggu ni!!

o-SHOCKED-FACE-facebook

Berat kes hamba ni, saing. Bukan la maksudnya hamba tak masuk ke dapur langsung. Hamba masuk lah. Mesti masuk. Nak membela diri, hamba ada jugak memasak hak ringkas-ringkas setara kira-kira dari kerat bawang sampai ke hidang dalam 15 minit siap. One pot/ wok meal saja. Cuma hamba tak dan langsung nak bergulai hak macam dalam tv atau memasak lauk berbagai jenis nak hidang-hidang penuh meja. Sebenarnya nak memasak rajin-rajin sangat pun hamba ni jenis penakut. Takut membazir. Bila tak habis, pakat bubuh dalam bekas, honyoh masuk dalam peti sejuk lepas tu pakat buat tak nampak. Bersusun-susun dalam peti tu. Tak ke sayu hati hamba hak berdiri berjam-jam memasak? Jadi betul dah la tindakan hamba ni kan, saing? Lagipun hari tu hamba ada tengok video di youtube. Hamba ni seorang yang mudah teriak. Terlalu gembira dengan ketabahan dua beradik tu yang penuh bergantung kepada Allah, sampai bengkak bengkil mata hamba teriak dan sejak tu hamba berazam untuk memasak dan makan sekodar-sekodar saja. Kena didik diri dan keluarga sebab kita orang melayu ni secara umumnya makan agak mewah, walaupun tak semewah makan-makan keluarga kaya arab alik sana hak ada kepala kambing sebesar kepala singa menjadi ibu meja (tak tahu lah patut ke tak nak banding dengan dema tu).

Hamba sebenarnya dah mula potong bajet barang dapur (termasuk lauk pauk). Kalau dulu (sekadar contoh), $250 seminggu, sekarang hamba dah turunkan ke $180. Doanya duit hak lebih tu boleh lah sedekah ke saluran yg lebih memerlukan. Mana tahu, lepas ni boleh jadi kurang lagi dan lagi.

Hari ni hari mereka, tak mustahil satu hari nanti hari kita.

Mood: Ceria kerana hari ini hari Jumaat tapi dan teriak seround dah ni sebab hamba baru tengok video tu sekali lagi..

Advertisements