Basikal

Saing yang cas ligas,

Hamba ni tak sabar benar nak tunggu hujung minggu ni boktan hamba ada berjanji dengan anak hak bongsu nak bawa dia pergi gatih basikal di taman rekreasi tak jauh dari rumah hamba ni. Hamba dok rasa dia pun sebenarnya tak jenera mana tidur menunggu hari pasal dia memang dah lama mengidam nak naik basikal tayar dua. Umur dah besar lagu ni pun masih tak reti-reti lagi. Salah hamba juga sebab asyik tak dan nak ajar dia. Tapi tak lah 100 % lah salah hamba sebab dia pun jenis penakut hampas. Dulu masa hamba tak sibuk belas mana, hamba rajin ajak (ajak-ajak ayam sebenarnya) tapi dia buat senyap dan duduk ralit kata nanti dulu. Sekarang lo ni dia baru kabar yang kaki dah nak sama panjang dengan kaki hamba, tapi masih duduk naik basikal tayar 4. Baru bersera malu dan takut disuka oleh budak-budak lain.

Ya Allah..hamba tiba-tiba ni teringat masa hamba kecil belajar naik basikal guna basikal besar yang ada galang kat tengah. Saing mesti tahu rupa basikal tua ni.

basikal tua

(sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

Basikal hak hamba naik tu hak Tok hamba gatih untuk pergi balaisah. Azab benar hamba nak gatih sampai terteweng badan halus kurus kering hamba dulu. Tapi usaha itu tangga kejayaan jadi hamba gatih dan tetap gatih walaupun banyak kali hamba rebah sampai menyacar tapi mujur tak dan terjun masuk parit dekat rumah Tok hamba tu.

Bila hamba dah mula makin ganas menggatih, ayah hamba berjanji dengan hamba, kalau dapat markah tinggi dalam periksa penggal, dia akan beli basikal baru sebutir untuk hamba. Maka hamba terus mempres gear 5 la kuat membaca masa tu sebab di mata hamba dah terbayang-bayang basikal baru. Makan nasi berlauk pagi nampak basikal. Tengah bermain tukar tiang dekat jamban sekolah, nampak basikal. Kelik sekolah ketika bermain pekong selipar alik petang, nampak basikal. Alas balik dari kelas fardhu ain rumah ustazah malam-malam lepas Isya’ pun, bila saing-saing bertempik kerenat kata ada hantu k*kpek lanj*t alik pohon langsat,  orang lain lari bercuda takut kena susut, hamba tetap berjalan dengan tenang sambil duduk membayang diri menggatih basikal baru.

Dengan takdir Allah, hamba yang mengaji sekolah tak pandai mana ni tiba-tiba mendapat markah molek. Kelik sekolah lusa tu, tersergam sebutir basikal baru, warna merah tua didepan rumah. Masih ingat lagi, jenamanya Raleigh Roamer! Ayah hamba beli sungguh! Hamba takut juga ayah hamba sebenarnya kata saja, nak suruh hamba rajin membaca sebab hamba ni jenis pemalas lebih pada apa. Bersera nak juling mata hamba kelih bersinar lar lar basikal baru hamba tu. Walaupun hamba dah pandai naik basikal tahap boleh berlomba, nak cerita ke saing, hamba tak sanggup naik dan mula menggatih sebab hamba takut tayar basikal hamba jadi cemar. Tapi akhirnya, bila ma hamba suruh pergi ke kedai runcit tak jauh dari rumah untuk beli roti bantal serta biskut gula dan hamba dijanjikan upah:

sarsi2air saksi (google)

chickadeesdan cikedis (google)

hamba dengan lapang dada menggatih basikal baru. Terasa lagi angin sepoi-sepoi bahasa menepis pipi hamba. Bila sampai, kerana sayang ke basikal baru, hamba heret ia masuk sekali ke dalam kedai sampai hamba kena jerkah ke makcik tuan kedai yang bengkeng dan suaranya deras seperti pelakar!

Maaf ke hamba, saing. Panjang pula kisah nostalgia hamba dan basikal merah tua. Dah umur lagu ni, memang banyak teringat kisah-kisah lama.

Doakan anak hamba berjaya hujung minggu nanti. Mana tahu, dia pun akan dapat basikal baru. Tapi jangan harap la hamba nak lepas dia pergi kedai sorang-sorang macam zaman kita beles-beles dulu!

“Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang taat kepada perintahMu, diwaktu mereka senang dan susah.”

Advertisements

2 thoughts on “Basikal

  1. Hehe..cerita ssikal ni gak memang lah banyak kenangan.
    Hamba dan adik-adik tak rajin ada ssikal ni tapi pandai gatih kes dok pinjam ssikal abang sedara (abang Ha) birai rumah. Pantang lepa ssikal dia, pakat berebut gatih. Ssikal tok hamba terai gatih jugak tapi berat bedo’oh la ssikal unta seperti gambar hak saing tempek ni. Muga hamba ni jenis rendang wal beles masa kecik jadi gak tak berapa rak nak gatih ssikal unta. Dan dua lekok, sarendar!

    Hamba ingat ssikal abang Ha tu jenis Raleigh jugak tapi kalar hitam. Praktis nak gendong orang alek belakang tu hamba letak khotong nyior. Tok hamba kelis dia mengilai har-har..tapi sebab cucu dia ni jenis keras pedal, maka dia pun tolong ikat khotong nyior tu dengan belulang getah (tayar ssikal hak dah botak!).

    Ingat lagi dok praktis merempit kawasan rumah Tok tu banyak pohon sseto dan moktan dan pohon buah-buah kayu lain. Jadi kalau salah bearing, buleh jatuh tertungging sebab lalu atas akar pohon tadi.

    Kendian kami buat rally gatih ssikal. Nak suruh berdempey bunyi tayar ssikal tu kami letak sarung pohon buluh celah tayar ssikal. Bila gatih gak saing, berdempey molek bunyi dia..kalah lah mat rempit zaman moden ni!

    • Meme kretif saing dan adik beradik! Mat rempit zaman lo ni tak kelih kejadian kita merempit zaman dulu. Gamaknya terkincit-kincit mereka dalam seluar kalau mereka boleh kelih..

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s