Ikan Singgang

Ni resepi hak paling mudah sekali. Belam pejam mata pun buleh buat saing hak ni.

Bila mari perasaan malas berenyoh tu, hamba buat la singgang ni. Lawan dia ulam dan sambal paus ikan tawar/ikan kering. Choooorrrr air mulut terbit!

Bahan-bahan:

Ikan aya – kembung dan tenggiri pun buleh tapi kalau ikan aya ni lebih melenggak makan nasi.

Lengkuas – hak molek cari lengkuas muda lebih kuran dua inci setengah, lepas tu hiris sekeping-keping.

Asam keping – kalau berjumpa dengan asam hak besar lebar tu molek nya…ambik lah dalam 5,6 keping

Bawang merah – hiris biar buleh semangkuk kecil

Bawang putih – lima, enam ulas dihiris

Kunyit hidup – dua tiga hiris jah, jangan di banyak nanti rasa pedar

Belacan sikit – kalau banyak takut ropong hidung tu kena resdung

Lada cengik atau lada burung – bubuh sutir-sutir ggitu lah

Lada hijau hak kita buat solok tu pun buleh jugak, bila gelegak, waaaal bau dia tu gak berasa nak senduk nasi dalam pinggan selaluh!

Garam 

Air secukupnya – biar padan dengan kuantiti ikan, kalau banyak sangat tak sedap.

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan kacawoli ikan, rebus atas dapur hingga gelegak bok-bok. Rebus biar masak bawang tu baru masuk ikan dan rebus hingga ikan masak. Masa rebus tu kalau air nampak dah kering buleh lah tambah sikit-sikit.

Rasa asam dan garam, kalau kurang buleh lah tambah apa yang patut. 

Hidang dengan nasi panas, ulam dan sambal paus+ikan tawar. Semeta-meta naik timbangan kilo.

Petua: Singgang ni lebih sedap masak dalam periuk tanah, tapi zaman kita ni saing nak cari duana periuk tanah ni…jadi kalau nak lebih sedap, masak awal-awal, lepas tu bila kita perangat sekali lagi tu hak lebih sedap.

Nota kaki: Aii, kena cari buah paus kelik ni..

Advertisements

Basikal

Saing yang cas ligas,

Hamba ni tak sabar benar nak tunggu hujung minggu ni boktan hamba ada berjanji dengan anak hak bongsu nak bawa dia pergi gatih basikal di taman rekreasi tak jauh dari rumah hamba ni. Hamba dok rasa dia pun sebenarnya tak jenera mana tidur menunggu hari pasal dia memang dah lama mengidam nak naik basikal tayar dua. Umur dah besar lagu ni pun masih tak reti-reti lagi. Salah hamba juga sebab asyik tak dan nak ajar dia. Tapi tak lah 100 % lah salah hamba sebab dia pun jenis penakut hampas. Dulu masa hamba tak sibuk belas mana, hamba rajin ajak (ajak-ajak ayam sebenarnya) tapi dia buat senyap dan duduk ralit kata nanti dulu. Sekarang lo ni dia baru kabar yang kaki dah nak sama panjang dengan kaki hamba, tapi masih duduk naik basikal tayar 4. Baru bersera malu dan takut disuka oleh budak-budak lain.

Ya Allah..hamba tiba-tiba ni teringat masa hamba kecil belajar naik basikal guna basikal besar yang ada galang kat tengah. Saing mesti tahu rupa basikal tua ni.

basikal tua

(sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

Basikal hak hamba naik tu hak Tok hamba gatih untuk pergi balaisah. Azab benar hamba nak gatih sampai terteweng badan halus kurus kering hamba dulu. Tapi usaha itu tangga kejayaan jadi hamba gatih dan tetap gatih walaupun banyak kali hamba rebah sampai menyacar tapi mujur tak dan terjun masuk parit dekat rumah Tok hamba tu.

Bila hamba dah mula makin ganas menggatih, ayah hamba berjanji dengan hamba, kalau dapat markah tinggi dalam periksa penggal, dia akan beli basikal baru sebutir untuk hamba. Maka hamba terus mempres gear 5 la kuat membaca masa tu sebab di mata hamba dah terbayang-bayang basikal baru. Makan nasi berlauk pagi nampak basikal. Tengah bermain tukar tiang dekat jamban sekolah, nampak basikal. Kelik sekolah ketika bermain pekong selipar alik petang, nampak basikal. Alas balik dari kelas fardhu ain rumah ustazah malam-malam lepas Isya’ pun, bila saing-saing bertempik kerenat kata ada hantu k*kpek lanj*t alik pohon langsat,  orang lain lari bercuda takut kena susut, hamba tetap berjalan dengan tenang sambil duduk membayang diri menggatih basikal baru.

Dengan takdir Allah, hamba yang mengaji sekolah tak pandai mana ni tiba-tiba mendapat markah molek. Kelik sekolah lusa tu, tersergam sebutir basikal baru, warna merah tua didepan rumah. Masih ingat lagi, jenamanya Raleigh Roamer! Ayah hamba beli sungguh! Hamba takut juga ayah hamba sebenarnya kata saja, nak suruh hamba rajin membaca sebab hamba ni jenis pemalas lebih pada apa. Bersera nak juling mata hamba kelih bersinar lar lar basikal baru hamba tu. Walaupun hamba dah pandai naik basikal tahap boleh berlomba, nak cerita ke saing, hamba tak sanggup naik dan mula menggatih sebab hamba takut tayar basikal hamba jadi cemar. Tapi akhirnya, bila ma hamba suruh pergi ke kedai runcit tak jauh dari rumah untuk beli roti bantal serta biskut gula dan hamba dijanjikan upah:

sarsi2air saksi (google)

chickadeesdan cikedis (google)

hamba dengan lapang dada menggatih basikal baru. Terasa lagi angin sepoi-sepoi bahasa menepis pipi hamba. Bila sampai, kerana sayang ke basikal baru, hamba heret ia masuk sekali ke dalam kedai sampai hamba kena jerkah ke makcik tuan kedai yang bengkeng dan suaranya deras seperti pelakar!

Maaf ke hamba, saing. Panjang pula kisah nostalgia hamba dan basikal merah tua. Dah umur lagu ni, memang banyak teringat kisah-kisah lama.

Doakan anak hamba berjaya hujung minggu nanti. Mana tahu, dia pun akan dapat basikal baru. Tapi jangan harap la hamba nak lepas dia pergi kedai sorang-sorang macam zaman kita beles-beles dulu!

“Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang taat kepada perintahMu, diwaktu mereka senang dan susah.”