Puasa sudah, Hari Raya pun sudah

Saing!

Lama benar kita tak bersiaran dalam ni. Kuat sungguh kita duduk gi mari dari belum mula puasa, pastu kelih-kelih dah masuk bulan Ramadhan yang penuh barakah. Dalam kita tak puas lagi berpuasa rasanya, hamba mula membayangkan kalau lah hamba berada di tanahair, pasti dah kedengaran orang lorat mengodar biskut raya, kek raya, baju raya. Lagu raya tak sah nak katalah kan! Naik gelabut. Hamba jaman dulu suka jugak la lagu ‘Satu hari di hari raya’ yang M.Nasir tu dengan lagu tak ingat tajuk tapi Anuar dan Ellina nyanyi . Tapi dah tua ni, kalau tajuk lagu pun tak ingat, apatah lagi lirik nya!

Sebelum lupa..

SALAM AIDILFITRI

Kelih punya kelih, hari ni dah masuk 8 Syawal. Allah..cepat sungguh masa berlalu. Sapa-sapa yang dah mula merasa kohor ketat baju kain dan seluar hasil beraya dikampung keluarga (dan mertua), rasanya dah selamat pakat kelik ke tempat tinggal masing-masing. Pasni pakat beraya dibandar lah pulak. Hak moleknya, sapa hak nak ganti puasa, sila lah puasa berganti-ganti (atau sapa yang dah habis ganti, sila lah berpuasa 6 pulak!) di tengah minggu. Pastu, awal hujung minggu isi perut pergi open house dan akhir hujung minggu bolehlah cuci perut (kes makan macam-macam tahap taliperut pun selak tak tau nak proses hak mana dulu!)

Apa-apa hal pun, hamba mendoakan saing dan keluarga gembira dihari raya dan kita tidak melupakan saudara-saudara seIslam kita diseluruh dunia yang sedang melalui keadaan yang perit dengan berbagai ujian dunia. Semoga Allah merahmati hidup kita dan menghimpunkan kita bersama-sama di Jannatul Firdaus kelak. Amin.

Advertisements

One thought on “Puasa sudah, Hari Raya pun sudah

  1. Hujung-hujung Ramadhan tu hujan turun..hinggalah la ni belah petang hujan turun. Alhamdulillah..tu la salah satu sebab jadi senyak ttupah tu..banyak bedo’oh ujian dunia Allah buwi ..doa nya moga kita mati dalam keadaan hak Allah redha.

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s