PEREMPUAN DAN KELUBUNG

Wahai perempuan,

Bila nak berkelubung..

Sibarlah, belitlah, putarlah, gulunglah

Kalau minat, hiaslah ..

dengan pin bernondengan

kancing kemas ditengkuk

brooch besar dibahu tersangkut.

Dengan kata lain, buatlah lagu-lagu mana pun

Asalkan..

Niat dihati kamu terjaga

Had aurat wajah tertutup sempurna

Ingat aurat luar solat dan dalam solat adalah sama

Tiada peha, betis  dan lengan  tertayang percuma

Tidak bersendat berketat berbalut tubuh bagai membalut nangka

Tidak jarang pakaian dan kelubung yang menyaluti kita.

 muka

(sekadar gambar hiasan. ihsan: google/ instagram/ fb)

Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memberi kekuatan untuk kita melakukan ketaatan dan menjauhi diri daripada suka berhias-hias untuk dipuja puji oleh yang tidak selayaknya.

Ikhlas tapi jauh,

putihbersempol

Advertisements

3 thoughts on “PEREMPUAN DAN KELUBUNG

  1. Saing bersastera doh laa…acu tera mari nak jawab:

    Fesyen berkelubung zaman ritu
    Hanya lah batik lepas berbidang lebar
    La ni orang berkelubung tapi tak tahu malu
    Rambut di bungkus aurat tetap terbiar…
    Lekuk lembah gunung sungai
    Habis semua bersera nak tayang
    Dengan kelubung sejemput tersangkut
    Melangkah lah dara (mak dara pun sama!) dengan gemalai..
    Bila berjangkah, kepala terhinggut
    Sanggul unta tidak ditinggal..

    Bukan hanya kain kelubung
    Jubah pun juga bermacam gaya..
    Dari hak cotton hingga ke linen
    Bermacam design ada di kedai
    Kalu hak lycra disarung ke badan
    Habis juling mata-mata mengintai
    Pendek kata adik dan kakak
    Beringat-ingat bila di luar
    Sebelum terbit kaki menjangkah
    Tilik-tilik dulu gak …
    Comey sementalah dah…aurat?
    Sudah smpurna kah?

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s