Pulang ke Negeri Jerman

Saing! Hamba tak sabar nak cerita ke saing kisah-kisah hamba kelik ke negeri Jerman hari tu. Memang seronok benar berjaya kelik ke kampung walaupun smetar saja. Biarlah smetar pun daripada tidak langsung dih?

Bila hamba dan budak-budak sampai di airport, kami kena keluar dari terminal untuk ke terminal satu lagi. Terbit saja dari ruang beraircond, anak hamba hak bongsu masa tu berpeluh pelar dia bleber ke hamba, ‘ bakpa lah tempat ni pasang heater pulak!’. Hamba suka selak sebab kakak dia dan lagi bui respon, ‘darat nya adik ni! Ni bukan heater lah.. We are in Malaysia! It’s humid!’ Berkecek Amareka pulak anak hamba yang besar tu. Ikutlah puak-puak awak. Asal diri kabar kita orang kampung, hamba beres belaka nak komen apa pun.

Dah sampai rumah tok nenek memang sangat lah gembira. Alhamdulillah budak-budak ni fasih benar berbahasa negeri Jerman. Hari-hari minum teh beng beli di pasar besar idaman kalbu sampai gigi pun jadi kalar kuning seperti kalar teh beng! Hamba bertungkus lumus membedal nasi dagang, nasi kerabu, lok ching, percik segala lauk, abc, tapai pulut (aduh la sedap terlenggak), tepung bukus, akok kedut, pulut lepa, lompat tikam, laksam, lauk kuzi, jala mas, air tebu, tebu, buah mata kucing dan segala macam  yang smetar-metar hamba rasa tak rak dah nak menaip muga menjadi gelabut tak puas kelik semetar sangat hehe.

 20140507-202758.jpg  20140507-202815.jpg  20140507-202839.jpg

Hamba dan bawak budak-budak gi Pasar Malam dan membeli serba maknika sampai naik serban jari jemari hamba bila berjalan kelik ke rumah. Walau macammana pun, ketika hamba sedap benar menjamu selera sampai naik berkilo-kilo berat badan hamba hari tu, budak-budak ni mengalami masalah tidak tahan panas. Sepanjang hamba di negeri Jerman, tak setitik pun hujan turun. Panas ting-ting sampaikan ketika hamba bawa budak-budak ke Pasar Tani pada suatu PAGI, anak hamba hak besar telah pitam kerana kepanasan yang terlampau (kata ke adik darat dih..) . Sejak tu mereka dok ralit minum sepanjang hari sampai menjadi kembung perut dengan air dan tak berapa lalu nak makan pulak. Hamba saja lah yang tolong makan ke mereka. Sebut apa mereka nak makan, hamba tolong bedal. Dahsyat hamba ni!

Apa-apa pun, misi pulang ke negeri Jerman tercapai untuk bersama ibu ayah dan keluarga terdekat. Kerana kelik smetar sangat, hamba tak dan nak bawa budak-budak berjalan ke rumah warih warah yang lain. Tak apa lah. Ada rezeki panjang umur kita kelik lagi dan berlama-lama sikit.

map-kelantan

Advertisements

4 thoughts on “Pulang ke Negeri Jerman

  1. *telan air liur gok gok*
    Kemarin tengok dah tapi tak terbit gambar! Jadi gak tak bersera berangin nak komen!
    Lompat tikam tuh!! Belam-belam gelepar dodeng-dodeng..jadinya mmikir bila nak buat?

    Allah sampai ka pitam Kakak balik Jerman.
    Tapi laporan pun kata di Jerman panas lit-lit, tak dop setitik hujan turun ke bumi lagi ni.

    Di tempat hamba ni alah ke petang hujan ribut..guruh dan pelakar.
    Bunyi kabar ada sekolah hak kena banjir kilat malam takdi.

    Aiii! Tak boleh jadi ni saing!!
    Satni dah gi korek arkib resepi. Berjumpa dah la hak berkenan di hati.
    Kalu jadi buat hamba tempek di sini.

    • lompat tikam tu jelira molek saing. Hamba makan sebukus, simpan ditepi sebukus untuk budak-budak. Las-las hamba kuis mari dekat hamba dan buka getah pengikat. Dan hamba cuah ke mangkuk gak, jawabnya hamba tak ingat dah lah nak tanya orang lain nak sesuap ke tidak. Memang tak berjurus hamba ni.

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s