Kek Pisang

Kek Pisang

 

1/2 cawan mentega, cairkan

1 cawan gula

2 butir telur

1 sudu kecil vanilla extract

1 1/2 cawan tepung serbaguna

1 sudu kecil baking soda

1/2 sudu kecil garam halus

1/2 cawan sour cream

1/2 cawan chopped walnuts

2 butir pisang masak yang lembik nyonyet-nyonyet. Lenyek.

 

Cara-cara

 

Panaskan oven 350F / 175C . Sapu butter pada 9×5 inch acuan loaf. Kalu tak ada, guna hak mana ada lah asal bukan mek wok!

Dalam bekas lain, kacau sekali mentega hak dah jadi cair meloler tu dengan gula. Pastu pecahkan telur dan cuah vanilla extract. Kacau molek-molek. Tambah tepung, baking soda dan garam dan kacau sampai adunan nampak tak berketul-ketul. Lepas tu cuah sour cream, walnuts dan pisang. Gaul habis tan pastu cuah (kuat terr cuah mencuah nih!) dalam acuan. Ratakan.

Bakar lah selama sejam atau macam sekala kalau nak tahu dah masak ke tak lagi, cuba cucuk dengan colek gigi abah dia. Kalau nampak colek gigi terbit dari kek dengan licin tak ada kek hak belum masak terbit juga, maka masak dah la kek pisang kita.

Jangan dok bergaduh nak kerat makan selalu. Beri dulu lah kek menyejuk dalam acuannya dalam 10 minit lepas tu boleh lah  buat apa yang patut kalau dah nak makan benar.

 

Tips:

1)   Kalau jenis hak tak reti nak ikut resipi dan suka nak menambah itu ini nak bagi lagi sedap terlenggak, tambah lah ¼ sudu kecil serbuk kayu manis dan ¾ cawan chocolate chips.

2)    Kalau boleh tak payah lah guna mixer untuk buat kek pisang ni. Guna sodep je. Lepas guna buat kacau kek, kalau anak ada hak tak dengar kata, buleh terus hayun sodep dan buat sessi mengugut ; ‘ kalau degil, ma redas sampai menelas dengan sodep ni!’

Selamat mencuba!

Advertisements

One thought on “Kek Pisang

  1. Baru baca resepi bersera lapar selalu dah!
    Harus di cuba resepi ni tambah pulak mudah terlajak tak payah guna mesin pemutar. Hanya guna sodep serbaguna (yg boleh dibuat meredas anak-anak)..heheh

    Hari ni hamba masak resepi mudah jah saing. Muga kita ni tahap empat siri ni kalu duduk di dapur tu masak resepi pelik-pelik, malam kakram bertuku hangit lah muga sakit pinggam!

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s