Bedoah lalu

*sambil keser-keser mengesot betul pinggam, hamba berasa nak menulis sikit ni.

Sebelum tu nak tanya dulu saing segar molep dah ka? Bunyi kata tak berapa segar. Bangsa dia lah kalu berubah cuaca – dari cuaca di Jerman ke cuaca alek nu. Pah lagu mana kelik Jerman sari tu? Sampai lah hajat saing dan anak-anak nak makan makanan Jerman hak tiada tolok bandingan tu? Hehehe… Hamba ni pun lama benar dah tak kelik. Kalu saing tunjuk gambar buleh jadi gelepar dodeng-dodeng!!

Hujung minggu sari tu ayah budak2 ajak gi makan kedai. Cari punya cari kedai akhirnya jumpa satu kedai makan. Maka masuklah kami anak beranak dan duduk di sebuah meja. Berjiran dengan meja kami tu ada dua pasangan suami isteri yang masih muda belia. Comel lotam kedua-dua isteri tersebut. Soram pakai dress warna merah lar-lar. Soram pakai blaus kuda belang dengan skirt. Masa kami masuk tu dema tengsh duduk, jadi nampaklah kedua-dua sarat bawak baby dalam perut.

Lepas menjamu selera, dema takdi bsngun nak balik. Kami dok sibuk gohek gostan nasi lagi. Rasa nak tersembul butir mata hamba ni saing weh. Memey tersembul jatuh atas meja makan lepas tu kutip balik sumbat semula dalam soket mata!! Bila kedua-dua ibu muda hak sarat pregnant ni bangun! Allah lah, kesian tengok ka pakaian dema…alek sana ketat gelemat lagi saing wehh…rasa baby dalam perut tu pun tak berapa nak rak bernyawa!!

Hak pakai dress merah lar-lar tu gap nak berjangkah pun berbelit kaki..wak ka sempitnya baju..hak soram lagi dia bubuh rantai gajah pulak di pinggang blaus sedia ketat tu. Serupa lah blaus dia tak cukup ketat!!

Aduh saing!! Parak lah orang muda la ni dih?
Allah suruh tutup aurat tapi dia tutup urat jah…
Tak dak kekuatan lah hamba ni nak gi tegur.

Kalu pakai hak longgar bobeh-bobeh tu bakpa ke dia nya?
Tidaklah panas so’oh, yang penting syarat tutup aurat dipatuhi.

Tudung pakai tu comey benar dah..
Naik nyaknyer tengok.

Allahu Akbar. Mudah-mudahan kita dan anak cucu kita tidak bejadi lagi tu.

Advertisements

One thought on “Bedoah lalu

  1. Aloh lah saing. Hamba yang baca post kejadian butir mata saing tersembul terbit dari soket ni pun rasa tak lepas nak sedut oksijeng! Benarlah kata hukamak, malu itu rahmat Allah. Bila dah kurang/ tiada rasa malu didalam diri didalam hati, maka jadi lah benda-benda seperti berpakaian seperti orang tak empuk macam ni.

    Hamba aminkan doa saing.

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s