Spek

Allah..saing. Lama sungguh kita tak bersiaran. Banyak kali hamba cuba duduk depan laptop dan nak bubuh post baru tapi baru nak mula, ada saja hak bertempik nak minta tolong tengok kek kat dapur (budak-budak hak besar ni suka buat kek, saing. Sebab tu hamba gemuk tembong..) Baru nak duduk semula, ada pulak hak lain mari menyeneh nak mintak jalin rambut. Hamba turut saja lah. Bak kata kita hari tu, sikit lagi tinggal kita dengan ayah dia saja dok bercokah di rumah.

Hamba doa saing sihat belaka kat sana. Hamba kat sini segar degar alhamdulillah. Hari tu hamba gi buat spek mata baru. Multifocal dah la hamba ni, saing. Rasa benar umur dah 40 lebih. Pagi-pagi kalu dah lepas buat kerja rumah sebelum pergi kerja, hamba nak lah tengok handphone takut-takut ada message penting. Jangan harap la hamba nampak apa yang nak dibaca. Hamba pulak tak lekat rat lagi nak pakai spek 24/7 macam zaman rabun jauh kita budak-budak dulu. Rasanya sekarang ni, celik saja mata disebelah pagi kena higak spek bubuh atas batang hidung dulu baru cerah cuaca! Ke lagumana saing?

Disini, buat spek mata bukan macam tempat kita. Tempat kita jauh lebih maju. Biarlah orang kita sentiasa nak komplen segala benda salah dan segala kurang dengan sistem dinegara kita. Orang hak duduk jauh dari tanahair boleh rasa perbezaannya. Mungkin pendapat hamba saja. Tapi macam benda kecil seperti buat spek. Jangan harap lah nak siap dalam masa 3 hari. Apatah lagi nak merasa buat spek pukul 1 pukul 2.30 siap boleh bergaya spek baru. Memang tak merasa duduk disini. Serba lambat betat! Multifocal ni 10 hari baru siap. Merayu sampai hamba nak handing kepala ke dinding pun, memang tak akan siap sebelum 10 hari. Pahtu semestinya mahal macam bedil!

Sebab tu bila dah dapat spek baru, hamba memang nak pakai habis tan. Biar padan dengan harga. Bak kata ayah hamba..mahal tali pada beruk!!

spek

 “Makhluk itu lemah. Ada yang dapat dilihatnya dan ada yang tidak. Allah bersifat dengan sifat Al-Basar, Maha Melihat akan segala sesuatu. Seperti sifat-sifatNya yang lain, Allah melihat tanpa memerlukan kepada alat (kayf), tidak berkurang, tidak bertambah, tidak berubah dan sifat Maha Melihat Allah tidak mempunyai permulaan atau penghujung.”

Advertisements

One thought on “Spek

  1. Adowww…mujo tak berkulat-barat post ni, baru boleh jeling nak baca.
    Seminggu dua ( ko sebulan dua?) ni lempoteng sungguh sebab dok hambat untuk prepare minggu exam. Kerija mengajar budak ni begini lah saing..

    Banyak hak nak berbari tapi tak dan nak menulis.

    Spek multifocal tu masuk dalam list hamba jugak. Hari tu buat spek tanya dah..tapi sebab mahal serupa jin, tangguh dulu. Jadi gak la ni kalau nak baca hak serupa semut tu kena angkat cabut spek letak atas kepala baru lah terang!!

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s