Nasi Kapit Sambal Nyior

nasi impit dan sambal

Sedapnya saing muga ni. Hamba jenera tak jenera teringat dan rasa nak makan. Terasa tak tak dilidah hamba ni. Budak-budak ni pun memang nak terbit butir mata bila hamba tanya, kalau nanti hujung minggu ni kita makan NKSN nak? Mereka angguk menyungguh, mujur tak tercabut penggal kepala mereka.

images

Hamba ada jumpa resipi kat mana hamba tak ingat dah. Rasanya masa hamba mengita FB Lauk Pauk/ Kuih Muih Kelate satu masa dulu.

DSC_0590
_____________________________________________________________
Nasi Kapit Sambal Nyiur
7 April 2010 at 22:38 (Tahun pun ada ni! Bisa sungguh)

Bahan-bahan untuk Sambal:

A;

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
(Takkan hamba nak kena kukur nyior butir, saing? Hamba nak kekar cari dimana mengkoran nyior hak serupa naik kuda zaman kecil dulu tu! Hamba beli Dessicated Coconut jah lah sekali ni!)

Kukur_kelapa

(Sekadar untuk tatapan budak-budak dirumah hamba yang tak pernah kenal rupa mengkoran nyior)

B;

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara:

1. Kisar bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi kapit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi kapit.

Sumber: resepimudahlazat.blogspot.com & fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/
(Bagus ada kredit siap. Kalau zaman Tok Nyel hamba dulu dah ada internet, harus kena beri kredit ke dia juga)

____________________________________________________________

download

Hamba saved di laptop dan usung ke sana kemari bertahun kaklah dah tapi tak juga hamba dan nak buat dan berjamu dirumah ni.

photo (24)

Hamba paling berehi kalau hak ada kuah kacang sekali. Kena pulak bungkus dengan daun pisang cucuk lidi potong serong. Berlaga angin benar bila makan. Kalau kacip pakai stepler, hamba naik ra nak marah! Bekeng hamba ni. Lepas tu bila budak-budak ni nak makan dengan gerpu, hamba memang pastikan suara hamba bleber dapat didengari hingga ke balaisah tak jauh dari rumah. Deras suara hamba. Benda lagu ni kena makan dengan jari hak lima! Tak kena kalau kekah guna gerpu. Tak ada nikmat!

Hamba bagitau sengoti, kali ini hamba mesti nak bawa terbit mek wok hamba dan cuba sampai berjadi. Kalau tak berjadi juga, nampaknya hamba kena sarendar dan bila balik kampung (harap ada teket) , pakai makan hak beli di merket saja lah!

Gambar: Serba serbi ihsan Google.

Advertisements

3 thoughts on “Nasi Kapit Sambal Nyior

  1. Mengkoran tu kalu zaman kecik dulu wat main naik mutor. Tok nyel kukur nyior kita jadi pasinjer alek belakang!
    Lepas tok nyel habih kukur nyior, kita ambik ppurung tu buat la aksi mengukur nyior jugak. Kenangan paling mahal tu.

    • wei la..hamba pun rukas mengkoran buat mutorsikal jugak , saing walaupun dibenarkan sentuh setakat paras tekak mengkoran saja. Kalau sesiapa yang didapati sentuh lebih dari kawasan tekak, jawabnya terlepas lah peluang untuk naik mengkoran hatta sebagai pasinjer! Memang berputih mata sampai ke sut. Tok nyel hamba tegas dan keputusan adalah muktamad. Cucu berbelas-belas dan mengkoran hanya satu. Sekali naik dua orang. Tapi bukan semua cucu suka naik mutorsikal jadian ni. Ada hak suka berdekcok, jenestik dan main congkak (gali lubang dalam tanah + buah getah). Alangkah indahnya zaman tiada Apple, Samsung dsb!

  2. Aii, nya wat terbit nasi kapit sambal nyior la pulak saing ni!
    Telan air liur gok-gok hamba kelih!!

    Tapi sungguh lah, serupa saing sebut tu lah, mugo ni kalu makan berlapik daun pisang cucuk dengan lidi kerat serong tu baru berlaga angin!

    Kalu cicah-cicah sambal terkekah ubat stapler tu berasa nak kekah oram selalu lah (bangsa bekeng nak buat lagu mana).

    Orang alek jjatuh sari dua ni dok pakat bergilir tadah air dalam ppayam plestet, jadi gap nak masak serupa belah ni mor ni tak dak angin.

    Bangsa Jerman ni memang dikenali serba serbi makan guna gerfu asli hak Allah bagi ni. Hamba ni makan mee pun guna jari jah. Kalu rumah hamba ni Hero hamba tu dia hilir sikit serba nak guna sudu-gerfu besi. Budu pun dia cedok guna sudu! Sabit tu Sampai ke hari ni tak berapa nak lancar bahasa Jerman.

    Daun pandan jjokey rumah ni tua ke diri sebab tuan dia kelih saja, tak ambik kerat buat lompat tikam kah, butir nangka kah..(baru sebut pun berasa di tekak dah)…

    Hamba tak boleh lagi la nak mengucar sambal nyior ni..mek wok tak pergi cari lagi!!

    *Selamat menggahar mek wok la saing! Kalu berjadi gap tunjuk lah gambar bukan ihsan google tu*

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s