Mek Wok

Kemarin tengah sedap-sedap mengucar dan menumis bawang lada dalam kuali, tiba-tiba api berdesir naik. Terkanjar kebelakang hamba saing weh. Hilang gedebar, hamba pun buat-buat berani la tengok apa hak tak kena sebab hero tak balik lagi masa tu. Bila diangkat kuali tu, nampak basah bawah punggung mek wok tu. Rupa-rupanya mek wok tiris dah la!!

Hamba ni saing bangsa jenis hak tidak buat koleksi pinggan mangkuk macam orang lain. Hak ada di rumah ni hak paling basic sekali. Jadi nya, mek wok tu kuali hak paling besar hamba ada. Ada sebutir jah lagi kuali adik sikit pada mek wok ni. Sejarah mek wok ni mula 19 tahun lepas lagi ni. Masa hamba mula-mula mengadu nasib di bandaraya ni ritu.  Dari zaman naif tahap dewa hingga lah masak asam ragam pe’el orang bandaraya.

Mek wok ni hadiah bonda hamba masa mula-mula pindah ke rumah sewa masa bujang dulu. Banyak jasa la mek wok ni hingga kepek-rohek punggung dan sopeng telinga. Kalu di letak atas dapur, jadi congek cakdong! Mujur lah Bonda hamba ni ada petua nak suruh mek wok ni berkilat lar lar sokmo. Jadi sudah jadi rutin hamba menggahar punggung dan badan mek wok dengan sabun cap Buroh warna kuning tu setiap kali lepas guna.

Jadi nya dok mikir nak gi cari mek wok baru ni jenama penama rimau la pulak? Dulu guna cap Boyo, ni tak tahu lah takut Boyo pun takut nak terbit lepas kena penampar tawar Tok Bomo..heheheh…

Ni lah dia rupa mek wok yang banyak jasa selama 19 tahun, tak pernah service (baca: tapong) , hinggalah tiris kemarin.

image

Nanti kita kelih sama ada mek wok baru ni panjang umur macam hak lama, atau pun sapa lagi panjang umur, mek wok atau tuan dia. *gulp*

Advertisements

2 thoughts on “Mek Wok

  1. 😝
    Mengilar dodeng-dodeng!
    Kalu negara Jerman kita nu memang banyak la Mek wok ..buleh tahan nak pilih hak lagu mana nak. Lonjok tu wajib ada sebab senang nak mengusung makanan especially bila travel kelik ke Jerman..kih kih kih.

  2. Hamba suka mengilar dodeng-dodeng baco kisah drama mek wok saing ni! Memang mes mes keroli ajaib muga lama tuma dio dan berkhidmat ke tuan dia. Hamba yakin kalau saing balik ke negara Jerman dan pergi ke pasar besar, alik sana dari mek wok baru saing boleh beli bawa balik. Jangan lupa beli lonjok getek!!

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s