Main dekcok

Saing segar ke? Sudah masuk hari ke tujuh tapi masih tak ada bayang. Sesungguhnya segala telah termaktub.

Kelmarin anak hamba balik dari sekolah nya geger gegak nak ajak mak dia bermain dekcok.

hopscotch-ladies

Hamba ni bukan rak dah nak melompat macam zaman 45 kg dulu. Tapi anak dah bersungguh lukis ‘papan dekcok’ di pasir jadi hamba kena lah turut ere. Baru 2 round hamba rasa lemah lumpuh dan bernyawa tak lepas. Berpeluh ra ra.  Parak hamba macam ni, saing. Hamba memang tak ‘fit’ sikit habuk dah nampaknya. Padahal baru 4 siri. Tak boleh jadi ni.

Hamba masuk rumah dan minum air berteguk-teguk. Baru nak duduk, anak hamba bertempik kiong-kiong tak nak bermain seorang. Hamba tak ada arah lah kena juga teman dan sambung bermain dengan dia. Dah makin banyak round, hamba pun rasa makin ringan badan hamba. Malah hamba rasa hamba pulak lebih menyungguh dari dia! Yang hamba paling suka, bila tengok dan dengar suara anak hamba dok suka keras bila hamba berdekcok terhoyong hayang hendak rebah. Sebenarnya hamba luga ketika itu!

Hamba ni contoh terbaik orang yang langsung tak bercara ke exercise. Jak dari zaman mengaji dulu, hamba tak berapa minat aktiviti lasak macam gi rukas bukit, camping, masuk hutan dan jenis-jenis lagu tu. Mungkin sebab hamba memang anti ke pacat lintah jadi apa sahaja yang hamba boleh buat untuk tidak berada dalam situasi dimana hamba kena teriak ko’or bila kena ketik ke dua jenis binatang liar ni, hamba akan buat. Bila dah habis mengaji, hamba kerja di pejabat yang mana hamba tak perlu mana berhungga ke sana ke mari sampai hamba jadi panas so’oh. Zaman tu muda lagi. Tak pe lah tak berpeluh mana pun sebab badan payah naik. Tapi sekarang, hamba berharap ke puasa sunat, makan buah, kurang makan nasi dan makan malam sebelum pukul 6. Kalau bukan sebab tu,  hamba ni mungkin dah jadi segemuk Mrs Doubtfire (anak hamba terlopong kalau tengok cerita ni) . Tapi hamba tak boleh berlapang dada. Kejadian bermain dekcok kelmarin telah memberi satu pengajaran  besar ke hamba.  Saing baca ni tak tolong gobar ke?

Saing, petang ni selalu kita kena start berjalan keliling kampung. Tak boleh jauh, start dengan 1/2 kilometer pun hamba kira ganas dah tu.

Advertisements

2 thoughts on “Main dekcok

  1. Ahaha..berdekcok dah la saing hamba!!
    Rasanya kalu hamba berdekcok rebah beleping!!
    Allahu Rabbi, berat hamba ni alek sana pada gemuk mmetong doh!
    Kena berjurus benar kalu nak capai BMI sihat.

    Nak buat lagu mana pun tak tahu …hamba ni masa bujang sebelum pegi pejabat rajin la jugak berjoging, lepas beranak anak satu, kurus semeta. Lepas tu dia naik tak turun-turun…payah berdegis jarum penimbang tu..

    Ni berapa tahun dah jarum dok takuk tu laaa..

    Ni sakat dok berhambat yoya-yoya dengan yang bilis di rumah ni berpeluh pelai la jugak, tapi bangsa lemak gedebey ni saing faham-faham sendiri lah, bukan nya ada kesan lah mana pun.

    Hari-hari kena masuk dapur sebab Encik di rumah tu kalu takdak nasi dia “pening” selalu. Lepas tu ada pulak bekal sambal lada jeruk Bonda pulak, pah budu…ock alahhhh…paka jarum penimbang tu keras kejung situ lahh!!

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s