Bahasa

Kemarin hak kecil balik dari sekolah ralit dia cerita pasal kelas Mandarin. Dia join kelas ini tahun lepas tapi biasalah budak-budak cuti lama sikit, hilang raip hak belajar sebelum ini. Ingat huduh-huduh saja. Tahun ini, ayah dia memang bersungguhan nak dia masuk kelas betul-betul jadi kami ambil keputusan daftar dia kelas Mandarin.

mandarin

Kalau pun dia tak cair berbahasa Mandarin, dapat bercakap dan faham sekodar-kodar pun dah tak apa. Yang penting suis bahasa dalam kepala dia dah dicuit. Senang lepas ini belajar bahasa lain getek. Hak kakak-kakak dia buleh membaca menulis bahasa Jepun jadi hamba rasa moleklah dia belajar hak lain.

hiragana1

Anak-anak saing mesti dah cair berbahasa Arab sebab mereka kan pergi sekolah Arab. Budak-budak dumah hamba buleh menulis membaca saja lah. Cuma walaupun tak reti bercakap bahasa arab dengan cair, kalau mengaji Al-Qur’an, memang kena godam dengan sodep dengan hamba kalau makhraj atau tajwid mereka tak dibaca dengan betul (Hamba ni kan bengkeng sikit).

learning-arabic-language-of-the-qur-an

Tapi nak berbual ralit-ralit dengan orang Arab kalau bertembung di KLCC, memang tak terbit lah dari mulut mereka. Habis awak pun, terbit ‘kaifa haluki, kaifa haluka’ saja. Kalau nak bunyi lebih darat, terbit lah ‘kiifik atau kiifak’. Lepas tu senyap dip lah sebab vocab menusut dalam rak!

Advertisements

2 thoughts on “Bahasa

  1. Dah kita ni pakar bahasa Jerman, nak buat lagu mana, saing? Hamba ni kalau bercakap orang putih buleh separuh hari, berasa mudah nak jjadi lecah lidah meh meh baru lepas makan colet jambu menawar dengan cuka!

  2. Masya Allah, bagusnya anak2 saing belajar banyak bahasa!
    Hak di rumah ni memang lah belajar di sekolah banasa arab ni tapi serupa anak-anak saing jugaklah bukan buleh berbari dengan bahasa arab tu!

    Dalam ramai-ramai tu (kira ramai lah hak tak berapa kerat ada tu, Alhamdulillah), Kakak nampak minat dengan bahasa ni, kalu slang ni dia mudah ikut, apa dah orang putih kata tu, play by the ears ko..dengar buleh selalu. Harap ke dia sorang jah la kalu nak berkecek Jerman dengan dia. Hak lain tu payah sikit.

    Mengarang jenis koya tu boleh berkira la Kakak ni…cita-cita dia nak jadi Novelis Islami.

    Mak dia pulak buta bahasa arab ni. Kalu berasa nak marah, terbit bahasa Jerman selalu!

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s