Berbadi dan

Hari ini nak jadi ke cerita memang hamba letih berhambat pergi mari. Hak tengah ada kelas awal pagi lepas tu malam tadi seperti sekala duduk buat muga lain, tak bercara ke nak siap barang untuk pagi esok kan. Bila dah pagi baru la nak kalut kalai berjalan sampai terteweng sebab mata masih mengantuk dan segala benda baru nak kutip sumbat masuk dalam beg. Sepuluh kali hamba berleber pun, masuk telinga alik sini keluar telinga alik sana. Tak lekat dalam kepala sepatah habuk. Budak-budak..

Semalam kita berbual pasal sifat berbadi dan. Sampai ke cerah subuh hamba rasa macam tak jenera. Hamba rasa hamba tidur molek tapi dalam masa sama hamba rasa bergolek alas ke tu tak kena, bergolek alas ke ni tak juga jenera. Maknanya hamba kuat bermikir lah tu topik kita berbual kemarin.

Hamba dok berfikir kenapa orang ada sifat suka berbadi dan ni. Adakah sebab mereka ada sikit perasaan rendah diri jadi, nak suruh bersera ‘besar’ mereka pun suka berbadi? Orang jual gelang, dema nak retek pakai gelang. Tapi bila orang lain beli seutas, dema beli tiga! Orang jual tudung, dema pun beli tapi takut orang lain beli lebih, dema kaut habis licin siap-siap. Orang riuh beli tiga, dema buleh kata kita beli sedozen dah..tak geger pun. Kalu orang kata, ai kenal Pengarah tu. Baru orang lain nak sebut kenal, dia tahap mucum mulut nak bagitau dia kena lama dah, siap gi dumah makan durian sekali. Orang lain baru nak koho-koho sambung mengaji, tak dan orang tanya, dia jawab selalu, ph.d dia tinggal tak lama dah nak submit. Apa saja topik kita buka, dia tahu lebih dari orang. Apa saja kita tanya orang lain, dia deras mari nak jawab takut dan ke orang lain jawab dulu dan nanti nampak macam dia tak tahu!

Payah sangat kah nak merendah diri? Setahu hamba lah, kalau kita geger beda’ah lalu, lama-lama kebodohan kita akan terbit sikit-sikit dan orang akan mula naik war. Kalau yang berehi berbadi dan ni jahil tak mengaji ugama tak tahu hukum hakam, tu satu hal. Tapi yang hamba kelih nak berbadi dan baik pasal anak-anak, harta benda, ilmu ni ramai orang yang mulut pun sama naik nak menunjuk dia berehi cerita ugama, berehi update status di fb dia hadith-hadith, etc. Hak hamba rasa pilu benar bila dalam orang lagu ni berehi berbadi, dia rancak jugak dok menghuduh ke saing-saing sendiri. Sebab tu hamba rasa orang lagu ni sebenarnya ada masalah didalam perut pedal.

Mintak lah Allah lindungi kita daripada ada perangai lagu ni dan menurun ke budak-budak. Berbadi tak ada hal. Berbadi tambah ilmu, berbadi tolong orang susah, berbadi beri sedekah dan serba serbi lagi kalu nak berbadi dan gak tapi dalam berbadi tu menyungguh han pulak nak menunjuk, hamba rasa memang KO. Hamba tak suka nak bersaing dengan orang lagu ini sebab hamba takut hamba start meniru. Parak parak!

speaker

Kalau saing ada dengar hamba bercakap macam pakai speka, bercakap besar dan berbadi dan, hamba rayu saing tulong lah ambik selipar jepun dan pekong ke dahi hamba. Biar bekak bercobong pun, hamba sanggup!Yang penting beri hamba kabar betapa busuknya perangai lagu tu!

Advertisements

One thought on “Berbadi dan

  1. Molek benar dah tu hak saing tulis..memang kita pelik kadang-kadang dgn orang yang suka berbadi ni. Gamaknya apalah yang dia hambat sedangkan kita ni umur pun tak tahu banyak mana lagi tinggal.

    Hamba banyak kali ditakdirkan Allah berparak dengan orang spesies suka berbadi dan ni.
    Masa di pejabat lama dulu, ada dua tiga orang spesies ni.

    La ni pun ada lah nampak sorang hak pesen suka benar berbadi. Padahal hamba ni baju pun ada berapa lai jah boleh bilang sebelah tangan.

    Benarlah saing, amal ibadat kita tak ser berbadi dih?
    Ameen atas doa saing tu, kena tolong peringat ko hamba retek la…takutnya terlupa ibarat kangkung yang disanjung tapi akar duduk dalam air char!

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s