Hijabelit

Hari ini dah tak hujan. Boleh lah nak jemur kain sampai kering macam keropok. Bila angkat..waaaal..sedap sungguh baunya. Nikmat boleh menghidu lah itu namanya. Kadang-kadang kita dok bernyawa sros-sros kita lupa nak fikir tentang nikmat-nikmat sebegini. 

Hari ini hamba seperti biasa masuk kerja. Ada 15 benda nak buat kalau ikut checklist hamba. Tapi seperti sekala, dapat buat 5 pun dah kira bisa benar. Masa tengahari tadi hamba terbit sekejap  dari office pergi ke bank. Bila dah terbit, macam-macam lah hamba terkelih. Masalah hamba, tiap kali hamba lihat muslimah pakai tudung tapi tak tak tutup aurat selain kepala dengan elok, hamba jadi gedebar raip sedih tak tahu bakpa. Satu kesukaan orang tempat tinggal hamba ni, mereka tutup kepala dengan molek. Terlebih molek sebenarnya. Kain kelubung mereka akan belit sampai hamba jadi nanar takut mereka tidak cukup oksigen. Tapi pakaiannya ketat gelemat ya Rabbi hamba yang sama perempuan ini menjadi malu nak kelih. Rasa hendak pergi menusut. Lain dengan tempat saing tinggal, masalah biasa disana ialah muslimah pakai tudung tetapi berbaju lengan pendek atau kain berbelah. Disini tiada masalah lagu itu. Hati hamba selalu tertanya-tanya. Kalau wanita bertudung datas tapi dibawahnya semua ketat gelemat, sebenarnya apa tujuan sipemakai ini? Kalau budak-budak tanya, hamba selalu kata, dia mungkin tak kabar baju dia ketat. 

Hamba rasa itu lah antara cabaran-cabaran membesarkan anak perempuan. Kita dah ajar asas ugama, tapi mereka anak remaja. Bila kelih di instagram, di facebook model-model muslimah yang comel berjentat, mereka teringin juga hendak memakai serupa itu. Setakat ni hamba masih gagah lagi mengawal minat-minat mereka. Hamba beli lah juga tali tekak, gelang-gelang hatta cincin gurkha yang tak melampau designnya. Yang penting jangan sampai jadi perhatian ikut ser  mata-mata liar. 

Okay lah saing. Masa untuk mencari resipi hari kedua membuat lauk. Gobar dihati sudah terasa. Hamba harap budak-budak tidak bergelewat didapur bila hamba mula nak memasak. Kalau tidak, jawabnya kena redas lah dengan sodep!

Jumpa lagi!

Advertisements

One thought on “Hijabelit

  1. Saing hamba tu dah jumpa ke resepi nak masak hari ni?

    Pagi tadi tengah jalan ke tempat kerja hamba dengar dalam redio, ustaz ni berkata:

    “Mungkinkah pagi ini kita keluar bekerja itulah hari terakhir kita hidup di muka bumi Allah ni. Kita tak mungkin tahu bila dan lagu mana kita nak mati. Hari ni kah, esok kah? Molek kah, hudoh kah?”

    Sebaik sahaja habis ayat ustaz tersebut, hamba mari berasa seruuun dalam hati. Berasa kalu ditimbang amal ibadat, letak atas penimbang tu tak berdegis mana penimbang kebaikan! Allahu Rabbi! Kalau nyawa habis saat ini, lagu mana nasib hamba??

    Hari Isnin sekala lah memang hari paling lorat, kalut lagi ribut. Macam-macam benda maknika dalam kepala, tapi macam saing sebut tu lah, kalau boleh berjaya buat sikit sekali pun sudah bisa.

    La ni, sibuk lengkapkan borang untuk anak murid yang nak ambil dua exam selayaknya untuk umur 12 tahun. Banyak dokumen nak kena isi dan hantar. Lepas tu, ada pulak mak ayah yang baru dok intai-intai nak hantar anak masuk ke sini. Bila tengokkan anaknya tu macam susah nak bersosial, masih nak berkepit celah tiak ibu, hamba rasa susah hati juga. Rasanya zaman la ni, dah tak der yang macam tu, rupanya hamba silap. Jadi, kenalah bagi peluang mereka tera dulu. Tak adil kalu tolak mentah-mentah.

    Tengahari ni ada sorang lagi yang bawak anak dia datang. Awal-awal dah cakap dyslexic tapi ada pakar yang bimbing, nak masuk sini untuk dibimbing akhiratnya. Allahu Akbar! Gedebar raip hamba mendengar. Tak tahu lah saing, hamba ni kalu dengar mak ayah berkecek begitu, rasa nak terbit air mata sambil dukdak dukdak dalam dada.

    Maknanya mak ayah tu faham apa harta sebenar demo. Hari ni terlalu ramai mak ayah yang hanyut cari pitihmas konon untuk buat bekal anak cucu.

    Mereka tak kabar, bila luput zaman kanak-kanak bagi anak-anak kecik kita tu, maka habislah peluang kita nak bekki apa yang patut. Macam saing kata tu lah, zaman kini serba serbi mudah dikelih. Tonyoh alek hulu, tenyeh alek hilir dah terbit segala maknika hiburan halwa mata dan telinga. Antara hijab dengan perhiasan, nak meniti atas syariat Allah dan dalam masa yang sama nak berjangak, perlu lah pada kefahaman dan kesabaran. Ada empat anak dara dirumah ni, yang tiga dah pandai berjangak, sorang masih cakdik-cakdik. Anak bujang teruna tu pun payah berbasa jugak kadang-kadang, kitalah kena pandai tarik tali. Wau nak terbang hebat di angkasa raya, tali pulak kena lepas-tarik, lepas-tarik. Mohon pada Allah bila saat dan tika itu datang untuk lepas sepenuhnya (Allah, bersera hiba la pulak😔), kita pakat-pakat mohon pada Allah supaya lindungi anak-anak kita dalam iman.

    *ambik hujung tudung lap air mata*

    Hari ni hamba puasa, Insya Allah. Kemarin adik hak duduk di Lumut bawak ketam dan kerapu segar. Jadi, Alhamdulillah tengah pikir nak masak gulai kuning raja berangkat la rasanya ketam tu. Kalu ada reng lah balik karang, hamba buat.

    Kita tengok sapa kena redas dengan sodep petang ni!

    Bon apetit!

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s