Ra’an & Chef

As-salam saing yang jauh,

Saing alik nu segar ke tu? Hamba alik ni ado raso ra’an sikit tubuh. Gamaknya sebab hujan tak serik banyak hari dah. Baru ni panas ting ting sampai naik senak butir mata. Bila cuaca dok sekejap lagu ini, sekejap lagu itu, kesan biasa lah bila mula rasa macam hendak demam. Harap-harap setakat rasa sakit urat saja lah. Kalau dah mula demam, satu kerja pun tak menjadi. Duduk ralit nak rebah belakang saja. Nak angkat tangan pun tak rak.

Kemarin hari yang agak lorat. Mak dan ayah mertua ada mari nak jenguk anak cucu. Macam yang saing sedia maklum, hamba ni tak berapa reti memasak. Buat lauk ikut dan sampai ketar tangan. Orang lain memasak setengah jam sudah siap tapi hamba ni, tempoh setara tu, baru dok bermutar itik nak kerat sayur! Mujur lah akhirnya lauk pauk siap. Dah la dengan hujan lagi, mesti lah mereka lapar perut pedal. Bila tengok pinggan semua licin lemun, lega hati hamba.

chef

Esok fikir untuk memasak lauk lain pulak. Ketar gugar nak habiskan dua minggu menjadi chef. Tapi sebenarnya hamba suka pasal kalau tidak, hamba akan ikut erel perangai pemalas bab memasak ni. Memang parak tapi memang itu bukan bakat semulajadi hamba. Mujur lah suami dan anak sudah faham dan mudah berbasa. Apa saja hamba hidang, mereka akan telan dengan molek ada. Alhamdulillah. Sebelum hamba lupa, kalau saing rak, bila mana ada resipi yang mudah-mudah dan sedap, tolong la bubuh disini. Senang hamba nak tra bila hamba rasa rajin.

Hamba rasa kena berhenti lah dulu. Nak pergi telan penadol dan lepas tu hamba kena bersiap bekal sekolah budak-budak. Mereka ni dah besar jergut pun masih nak ibu juga yang siapkan bekal. Nak bermanja lah tu. Tak pe lah. Budak-budak sekolah sekejap saja. Kelip pas kelip pas, habis sekolah menengah lepas tu habis la kita kena tinggal. Betul tak saing?

Au revoir!

Advertisements

One thought on “Ra’an & Chef

  1. *Jawab salam dulu*
    Saing hamba Putihbersempol, Sawonila mendengar Putih mengeloi, maka terbit lah hamba dimuka pintu.
    Alhamdulillah di jokey benua alek ni pun panas ting ting…tadi adalah turun hujan, kita ingatkan bolehlah buat penghilang so’oh rupanya turun barang semetar sahaja. Pagi tadi bangun tiba-tiba berpusing mata, berasa nak rebah maka slow-slow kita bergerak. Lepas solat Subuh kita rebah belakang semula. Sedar-sedar Encik Suami balik dari market dengan supit rokrak penuh di tangan. Mujur lah pening tu tidak berborat. Menjelang tengahari dah sia.

    Hari ni anak-anak yang ada di rumah masing-masing sibuk buat homework. Yang kecik ni sahaja ralit berhungga lempoteng-lempoteng. Mulut pulak beryoya-yoya bercakap bahasa Jerman! Tak apalah jadi hiburan, walaupun habis berkubang lanar sebutir rumah. Sawonila lak saja, tak ada kudrat dah nak bergaduh lorat nak mengemas. Maklumlah usia kita ni kan dah masuk remaja!!

    Anak-anak memang cepat besar, ni pun dah kurang dua…

    Lepas asar tadi En Suami menggosok baju sekolah anak-anak, kita pulak mengemas apa yang patut. Esok dah masuk minggu baru. Mudah-mudahan urusan kita semua esok dipermudahkan الله.

    Pasal resepi tu ان شاء الله , hak mudah-mudah boleh lah kita kongsi, hak yang pelik lagi canggih kita pakat-pakat tanya Encik Gugel..heheheh..

    Segar ke mak mertua? Dengar kabar hari tu kurang segar, boleh la lagi dia berjalan jauh…tak per berbakti pada orang tua kita tu kan peluang kutip pahala. Alhamdulillah kita masih ada mereka.

    Sawonila koho-koho minta diri dulu lah Putih, panjang umur murah rezeki kita berbari lagi.
    Assalamualaykum!

Nak komen buleh, nak bleber pun buleh :-)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s